Selepas Nora Ariffin membuat pengakuan mengenai anaknya yang terlibat dalam video bercumbu yang viral di media sosial, kini Zuher bersama ibunya tampil untuk memohon maaf kepada seluruh keluarga Nora berikutan insiden tersebut.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Mengaku Itu Anak Saya’ – Viral Video Pasangan Bercumbu, Nora Ariffin Buka Mulut
Video permohonan maaf itu dibuat secara berasingan oleh Zuher dan ibunya Maya, yang masing-masing berdurasi 1 minit dan 4 minit membuat permohonan secara terbuka kepada Nora sekeluarga.
Memohon maaf kepada Nora sekeluarga
Rt this untuk semua yg tye dimana zuher dan zuher memohon maaf ??? pic.twitter.com/KlNOUlffqZ
— BY @layincamelia_ (@Layincamelia1) September 5, 2020
“SAYA MERAYU ……..”?#ZUHER’sMUM
Rt this untuk semuaa tengok? pic.twitter.com/CMZ4pqLeHh— BY @layincamelia_ (@Layincamelia1) September 5, 2020
Menerusi video tersebut, Zuher dan ibunya Maya memohon maaf secara terbuka kepada Nora sekeluarga. Maya menjelaskan bahawa beliau telah mendidik anaknya dengan sempurna melalui pendidikan agama dan kasih sayang yang diberikan. Maya juga mengakui kita sebagai manusia tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan.
Video tersebut, turut menjawab persoalan mengapa Zuher dan keluarganya sebelum ini hanya mendiamkan diri apabila video tersebut viral di media sosial. Maya menjelaskan bahawa mereka belum mendapat kekuatan dan bersedia untuk berhadapan dengan orang ramai.
Rayu netizen henti kongsi video
Zuher dan ibunya juga memohon jasa baik netizen untuk berhenti berkongsi video tersebut di mana-mana platform bagi menjaga aib kedua-dua pihak dan ia melibatkan hal dalaman keluarga. Video ini secara tidak langsung memalukan kedua-dua belah pihak.
Maya juga berharap netizen dapat jadikan benda ini sebagai satu pengajaran dan iktibar kepada semua orang terutamanya kepada ibu bapa untuk lebih memberi tumpuan kepada anak-anak.
Sumber: Layincamelia1