Baru sahaja mendirikan rumahtangga dan selesai berbulan madu, Irma Hasmie yang telah sah menjadi isteri kepada Redza Syah Azmeer telah dikejutkan dengan gosip mengenai status lampau suaminya di media-media tempatan.
Kecoh apabila beberapa keping gambar suaminya pernah berkahwin sebelum ini tersebar di blog-blog hiburan tempatan. Gambar yang telah dimuat-naik ke dalam sebuah laman web itu adalah gambar perkahwinan Redza yang pertama sekitar awal tahun 2010.
Biasalah jika sudah berkahwin dengan selebriti, pasti akan terkena tempias gosip. Namun itu semua tidak menjadi masalah dan isu kepada Irma Hasmie apabila dia sendiri mengaku yang dia memang sudah mengetahui mengenai perkara itu sebelum berkahwin lagi.
“Ya, itu memang gambar suami (Redza) dengan bekas isterinya. Status (duda) dia pun saya dah tahu masa kami berkenalan kali pertama di Mekah, saya memang dah tahu.”
Irma Hasmie turut memberitahu bahawa banyak fakta mengenai perkahwinan suaminya sebelum ini yang telah ditokok tambah dan dia tidak menganggap perkara itu sebagai isu yang besar pun.
“Cuma saya tak suka nak ulas panjang-panjang kerana khuatir apa yang saya cakap itu akan membabitkan maruah orang lain. Bukan itu sahaja, malah banyak fakta yang salah diberikan pada keseluruhan cerita berkenaan gambar perkahwinan lampau suami saya. Lagi pun benda itu sudah berlalu. Saya pun ada sejarah hitam saya sendiri. Begitu juga dengan suami saya. Apa yang pasti, gambar itu bukan isu besar pun. Ia cuma gambar perkahwinan.” – Irma dipetik dari Utusan.
Apa yang OHBULAN! mahu katakan, jika sudah masuk ke dunia selebriti, jangan pula cepat melatah ya.
Sumber : Utusan Malaysia