Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi satu kenyataan hari ini mengumumkan mendapat sokongan kukuh dan ahli-ahli parlimen untuk mentadbir dan menubuhkan kerajaan baru.
Artikel berkaitan: ‘3 Perdana Menteri Dalam Masa Setahun?’ – Anwar Ibrahim Umum Dapat Majoriti Tubuh Kerajaan
Walau bagaimanapun, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin di Twitter menafikan dakwaan kerajaan di bawah pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin jatuh atau tumbang.
Baru selesai mesyuarat
Menerusi status terbaru yang dimuat naik di Twitter itu, Khairy Jamaluddin turut menyertakan gambar sekitar menyuarat jemaah menteri yang dijalankan hari ini.
Sokongan penuh
Terdahulu, Anwar Ibrahim memberitahu rakyat Malaysia berhak mendapat sebuah kerajaan yang kukuh dengan kepimpinan yang cekap dan yakin.
Akan tunai janji
Katanya lagi, beliau akan menunaikan janji menjadikan Malaysia sebuah negara yang makmur, aman dan adil untuk seluruh rakyat. Malah, dia berjanji akan membentuk sebuah kerajaan yang berintegriti dan komited dalam menangani krisis yang melanda negara.
Sumber: Khairy Jamaluddin , Anwar Ibrahim