Dua pasaraya menghadapi kerugian hampir RM200 ribu apabila diperdaya oleh seorang lelaki yang menyamar menjadi wakil syarikat keselamatan untuk mengutip wang hasil jualan kedua-dua pasaraya.
Lokasi pasaraya tersebut terletak di Intermark dan Midvalley.
Tahu selok belok
Bukan satu pasaraya tapi dua sekali kena perdaya lelaki ini.
Suspek ambil masa hanya 30 minit sahaja untuk menyamar wakil syarikat keselamatan untuk kutip wang hasil jualan.
Dua pasaraya sama tapi beza lokasi di Intermark dan Midvalley rugi hilang RM200 ribu. pic.twitter.com/2YiFo2Xt3m
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) October 12, 2020
Menerusi rakaman kamera litar tertutup (cctv) di salah satu pasaraya tersebut, suspek yang memakai baju syarikat keselamatan itu dilihat mahir dengan selok belok prosedur pemindahan wang sehingga mangsa tertipu.
Selepas siasatan dari rakaman cctv di lokasi kejadian, pihak polis berjaya menjejaki suspek dan berjaya diberkas pagi semalam. Wang tunai sebanyak RM200 ribu turut ditemui di dalam but kereta suspek.
Hasil siasatan pihak polis, dipercayai suspek pernah bekerja di syarikat keselamatan yang sama sebelum dibuang kerja pada bulan September tahun lepas.
Sumber: Mohd Redzuan