Menteri Sumber Manusia iaitu Datuk Seri M. Saravanan dalam satu kenyataan hari ini mengarahkan majikan membayar gaji bulanan pekerja seperti biasa. Malah, majikan sama sekali tidak boleh memaksa pekerja mereka menggunakan cuti tahunan (Annual Leave) ataupun cuti tanpa gaji.
Arahan work from home
Menteri Sumber Manusia hari ini menegaskan agar mana-mana majikan tidak sama sekali memaksa atau mengarahkan pekerja mereka menggunakan cuti tahunan, atau mengambil cuti tanpa gaji. Selain itu, majikan perlu membayar gaji bulanan kepada pekerja mereka seperti biasa meskipun pekerja diarahkan kerajaan untuk work from home dalam tempoh PKPB ini.
Bagaimanapun, majikan masih boleh berbincang dengan pekerja masing-masing mengenai pembahagian kerja dan sebagainya. Buat mana-mana individu yang kurang jelas dengan kenyataan ini, boleh hubungi Jabatan Kerja Semenanjung Malaysia di talian 03-8886 2352.
Sumber: Kementerian Sumber Manusia