Sudah genap setahun pengacara dan pelakon Karl Shafek menghilangkan diri dari industri hiburan dan tidak muncul di mana-mana kaca televisyen. Karl Shafek menerusi sebuah rancangan bual bicara iaitu Borak Kopitiam baru-baru ini mendedahkan dirinya berdepan dengan masalah kemurungan.
Bertarung dengan kemurungan
Kisah ini dikongsikan Karl Shafek sendiri menerusi laman Instagram miliknya berdasarkan sebuah program temu bual yang menjemputnya. Dia mengakui berdepan dengan tekanan dan kemurungan sejak setahun yang lalu. Tambahnya, disebabkan masalah tersebut dia mula membuat keputusan untuk menyendiri dan tidak keluar untuk bekerja seperti kebiasaan yang dilakukannya sebelum ini.
Selain itu, dia turut mendedahkan punca kemurungan disebabkan oleh perniagaan yang telah ditipu dan disantau oleh seseorang.
Punca sebenarnya juga banyak. Perniagaan saya ditipu, disantau (saya tak pernah cerita hal ini) sehingga saya sakit tak boleh bangun dari katil berbulan-bulan lalu banyak perancangan perniagaan tak menjadi mungkin antara faktor utamanya.
Setahun menjalani rawatan, saya boleh kata saya semakin okay tetapi masih belum 100% seperti dulu. Kualiti hidup saya juga berubah tapi saya redha.
Perniagaan pernah disantau
Sumber: Karl Shafek