Bukan sekadar sebuah naskah drama, The Season merupakan siri antarabangsa yang menjanjikan kelainan menerusi plot yang segar, latar yang memukau serta watak-watak yang meninggalkan impak.

Artikel Berkaitan: Drama Gadis Masa Bawa Tuah, Mira Filzah Wakil Malaysia Ke International Streaming Festival Global OTT Awards 2025

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Lee Je Hoon, Pyo Ye Jin Kongsi Babak Aksi Penuh Kejutan & Cabaran Dalam Taxi Driver 3

Watak yang mengagumkan

Dalam satu temu bual eksklusif bersama OhBulan!, barisan teraju utama The Season berkongsi tentang karakter, pengalaman sepanjang penggambaran serta keterujaan menjayakan drama ini.

Menurut Justin Chien, Jessie Mei Li dan Karena Lam, perkara paling mengejutkan sepanjang penglibatan mereka dalam siri ini adalah melihat sisi berbeza watak masing-masing yang sarat dengan konflik dan cabaran tersendiri.

Saya rasa perkara yang paling mengejutkan saya adalah watak saya sendiri. Saya memegang watak David Ho, dia ialah seorang peguam, baru sahaja bercerai dan dia mahu membina semula imej dirinya.

Saya pula terkejut kerana watak manipulatif Cola Pierce, sebab dia buat beberapa perkara yang teruk dan menyusahkan orang lain. Dan yang paling tidak diduga adalah bagaimana watak ini sanggup bertindak demi mendapatkan apa yang dia mahukan.

Bagi saya pula yang berperanan sebagai Fiona Hext, saya rasa ini kali pertama saya melakonkan watak yang mempunyai kuasa yang begitu besar.

Dia seolah-olah seperti ‘ratu’ dalam golongan elit dan merasakan dirinya boleh terlepas daripada apa-apa sahaja serta tidak boleh dikalahkan. Jadi, mempunyai kuasa seperti itu membuatkan saya rasa sangat seronok.

Penggambaran di Hong Kong

Sementara itu, pelakon yang memegang watak John Kim iatu Lee Jae-Yoon, berkata, dia sangat gembira apabila diberikan peluang untuk menjalani penggambaran di Hong Kong dan melihat suasana memukau di negara tersebut.

Tiada seorang pun dari kami yang pernah bekerja di Hong Kong sebelum ini dan kami sangat gembira apabila diberi peluang untuk berlakon di sini.

Kebanyakan kru adalah dari Hong Kong, mereka sangat cekap, berlari ke sana sini ketika di set penggambaran. Jadi tenaga yang dapat kami rasakan sangat luar biasa.

Pengalaman melakukan penggambaran di sini adalah impian saya yang membesar dengan menonton filem-filem Hong Kong di pawagam.

Negara ini mempunyai bandar yang sangat cantik. Peluang tinggal di sini selama tiga hingga empat bulan, adalah satu pengalaman yang besar menakjubkan.

Saya dapat melihat setiap pelosok Hong Kong semasa penggambaran sebagai watak John Kim.

Dalam masa sama, Yvonne Chapman turut mengagumi keindahan panorama negara tersebut yang dilihat wajar diketengahkan menerusi drama itu.

Banyak perkara baharu yang saya temui di Hong Kong. Saya pernah datang ke Hong Kong sejak dari kecil lagi tetapi semasa melakonkan The Season saya tidak pernah melihat sisi lain negara ini terutama alam semula jadinya yang begitu indah.

Saya berasa sangat bangga siri ini dapat menonjolkan elemen tersebut kepada seluruh dunia.

Bukan itu sahaja, Chris Pang turut menyifatkan pengalaman menjayakan The Season sebagai satu peluang berharga apabila dapat bekerjasama dengan barisan pelakon antarabangsa yang lain, selain meneroka lokasi unik yang jarang dipaparkan.

Siri ini mengumpulkan barisan pelakon antarabangsa yang datang ke Asia Tenggara untuk melakonkan sebuah naskah berkualiti. Saya merasakan tidak banyak produksi yang melakukan karya seperti ini.

Kami mendapat akses ke pelbagai tempat di Hong Kong yang belum pernah dijadikan sebagai lokasi penggambaran sebelum ini.

Sebenarnya kami adalah produksi yang pertama membuat penggambaran di Sha Tin Racecourse dan merakam seluruh babak di taman tema Ocean Park, sekaligus menonjolkan keindahan negara ini.

Cabaran & harapan

Dalam pada itu, mereka mengakui cuaca di Hong Kong antara cabaran besar yang perlu dihadapi semasa menjalani penggambaran.

Antara cabaran kami adalah cuaca yang panas, kelembapan yang tinggi dan juga hujan di Hong Kong.

Itu memang agak mencabar, sehingga penggambaran kami ada yang perlu ditunda beberapa hari.

Pada akhir temu bual, kesemua barisan pelakon drama ini berharap agar penonton berpuas hati dengan naskah tersebut.

Kami berharap agar penonton akan minta untuk musim yang kedua drama ini, jadi kami akan menjayakannya sekali lagi.

Untuk info, The Season merupakan sebuah drama thriller terbaharu dari Viu yang telah mula ditayangkan pada 17 Jun lalu.

Siri ini berkisarkan tentang konflik sosial di sebalik gaya hidup golongan elit di Hong Kong. Naskah ini mengajak penonton melihat sisi lain dunia kelas atasan, di mana kemewahan hanyalah gambaran luar, sedangkan sebaliknya wujud pertarungan melibatkan reputasi, pengaruh sosial dan rahsia yang boleh mengubah segalanya.