Umum sedia maklum bahawa penyanyi, Alif Satar disahkan positif Covid-19. Ekoran daripada itu, kesemua kontak rapat Alif termasuk Haziq Hussni telah melakukan ‘swab test‘ bagi memastikan diri mereka bebas daripada wabak tersebut.
Artikel berkaitan: ‘Si Empunya Diri Pun Tak Sedar’ – Pengarah ‘Nur’ Bidas Komen Netizen Tuduh Alif Satar Pencetus Kluster Baru
Di Instagram, Haziq memberitahu dia menjalani kuarantin selama 14 hari di rumah. Namun, dia memilih untuk tinggal di bilik yang berasingan daripada isteri dan dua orang anaknya iaitu Heidy dan Yaya.
Untuk kebaikan korang
View this post on Instagram
Menerusi rakaman video di Instagram, anak-anak Haziq kelihatan mengetuk pintu biliknya sambil memanggil ‘daddy’. Namun, Haziq tidak membuka pintu bilik tersebut demi kebaikan anak-anak dan isterinya. Menurut isteri Haziq, sejak semalam anak-anaknya menangis ingin berjumpa ayah mereka. Oleh itu, dia terpaksa membohong bahawa Haziq sedang tidur di dalam bilik.
Alhamdulillah, negatif
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Satu rumah pun nak live asing ke? Yes. Haziq kuarantin dkt bilik asing n tak keluar for 14 days. Tak jumpa @ayundaputrii and anak-anak. That’s why la live asing.
Di samping itu, Haziq turut memberitahu bahawa keputusan ujian swab testnya adalah negatif. Meskipun, keputusan tersebut sudah keluar, Haziq akan meneruskan kuarantin di bilik berasingan dan bakal menjalani ujian swab kali kedua dalam beberapa hari lagi. Haziq dan isterinya Putri turut melakukan sesi ‘live’ bersama walaupun mereka berada di dalam sebuah rumah yang sama.
Sumber: Haziq Hussni