berita

‘Si Empunya Diri Pun Tak Sedar’ – Pengarah ‘Nur’ Bidas Komen Netizen Tuduh Alif Satar Pencetus Kluster Baru

November 23rd, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Umum sedia maklum bahawa penyanyi, Alif Satar disahkan positif Covid-19. Susulan daripada itu, kesemua kontak rapat Alif diminta untuk melakukan ‘swab test‘ bagi memastikan diri mereka bebas daripada wabak tersebut.

Artikel berkaitan: Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 Ditunda Saat Akhir, Selebriti Turut Jalani Ujian Saringan Covid-19

Menerusi Instagram Shahrulezad Mohameddin atau lebih dikenali sebagai Budak Ijat, pengarah drama ‘Nur’ ini tampil membuka mulut dan berkongsikan pendapat peribadinya berhubung mulut netizen yang tidak puas hati sehingga menuduh Alif sebagai pencetus rantaian jangkitan baru ini iaitu ‘Kluster Muzik-Muzik’.

Alif bertemu dengan saudaranya

Katanya Aliff bertemu dengan saudaranya sendiri pada Selasa lalu yang tak ada kena mengena dengan mereka yang terlibat dengan program SFMM tempohari. Selepas bertemu Aliff resume his normal activity shooting, rehearsal SFMM macam biasa tanpa dia sedar saudara dia sendiri rupanya positif Covid (si empunya diri pun tak sedar). Aliff baru tahu dirinya adalah contact rapat semalam. Itupun setelah saudaranya sendiri yang bagitahu setelah saudaranya didapati Covid19. Lalu Aliff mengambil langkah pantas membuat swab test. Malang sekali keputusannya positif. Secara automatik semua orang yang telah Aliff jumpa since Selasa lalu adalah berpotensi menjadi closed contact beliau termasuklah keluarga, rakan rakan industri dan mereka yg terbabit dengan SFMM. Salah Aliff kah? Bukan! Salah keluarga atau saudara yang menjadi punca di jangkiti Covid ker? Pun bukan. Semua adalah Takdir Yang Tertulis.

Jadi sudah sudahlah kita nak menyalahkan itu ini pada Aliff atau orang disekeliling yg terkena sama. Sudah semestinya bukan ini yg kita nak. Virus Covid ni kita bukannya boleh nampak dimata kasar kita. Virus ini dah berada di sekeliling kita di mana mana. Dia dah macam selsema dan denggi. Kalau di takdir nak terkena. Tetap akan terkena. Kita doakan saja baik baik sesama kita okie.

Menurut Budak Ijat, Alif Satar tidak sedar yang saudaranya positif Covid-19 semasa mereka berjumpa. Tambahnya, Alif mengetahui hal tersebut sebaik sahaja saudaranya itu menghubunginya semalam. Susulan daripada itu, Alif terus melakukan swab test dan memberitahu kepada KKM mengenai kontak rapatnya sepanjang tempoh berkenaan. Oleh itu, Budak Ijat berharap netizen tidak menyalahkan Alif atau orang sekeliling yang turut terkena wabak tesebut.

Doa baik-baik untuk semua

Abam nervous sangat sangat ni. Abam sendiri sebenarnya berpotensi tinggi akan terkena ‘nauzubillah’ kerana nature kerja abam yang macam mana. Kau jagalah SOP macam mana sekali pun tapi kalau dah terpaksa cramp sampai 20 orang dalam satu lokasi yang sempit macam rumah flat PPRT risiko tetap risiko ada di situ walaupun abam turun set pakai PPE suit sekalipun. Berapa dah frontliner yang pakai PPE suit yang dah terkena. Bukannya tak ada kes. So abang kena berbanyakkan bertawakal dan berdoa. Di hujung hari segala galanya bergantung dan bertawakal lah kita pada Allah.

* Ikutkan hati abg nak shutdown lagi sebab my people are start to paranoid back. Even me. Tapi rezeki harus di cari kerana ramai crew dan artis abam yg dah berkeluarga. Lagipun abam dah terikat dengan kontrak dengan TV yang drama abam kena disiapkan pada sekian sekian haribulan. Doakan saja yang baik-baik untuk semua. Tak susah bukan?Salam subuh untuk semua.

Jelas Budak Ijat lagi, dia turut risau kerana dia merupakan individu yang berpotensi untuk terkena wabak tersebut. Tambahnya, wabak Covid-19 tidak mengenali sesiapa dan berapa ramai frontliner yang memakai PPE pun turut terkena jangkitan tersebut.

Sumber: Shahrulezad Mohameddin

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×