
Pelakon Gambit Saifullah mengakui sama sekali tidak pernah mengharapkan penghargaan daripada mana-mana pihak walaupun dia disifatkan sebagai seorang aktor yang berkualiti dan berpengalaman.
Artikel Berkaitan: Gambit Idam Watak Yang Mencabar Diri Seperti Autisme, Cacat Penglihatan & Bisu
Artikel Berkaitan: Gambit Tolak Tawaran Watak ‘Gay’, Cukup Hanya Dalam ‘Suamiku Lelaki Pendosa’
Tak kejar anugerah

Ketika ditemui OhBulan!, Gambit atau nama sebenarnya, Mohd Saifullah Rosli, 41, mempunyai matlamat tersendiri sebagai seorang pelakon.
Baginya lakonan yang memberi kesan mendalam terhadap penonton adalah keutamaan untuknya sebagai seorang anak seni.
Apa yang saya kejar tak sama. Sebagai seorang pelakon, antara kepuasan adalah apabila kita dapat berkongsi dan menggerakkan emosi penonton.
Jadi, ia adalah subjektif. Kalau tanya pelakon lain mungkin ada kejar populariti, ada kejar duit dan sebagainya.
Tiada yang betul atau salah.
Justeru, tumpuan dan kepuasan Gambit bagi setiap naskhah lakonannya adalah menjayakan watak yang telah diberikan berbanding penghargaan atau populariti.
Tapi saya memilih atas apa yang saya mahukan dan saya hargai semua yang menyokong.
Tetapi saya tidaklah mengharapkan (pengiktirafan) seperti itu.
Gambit berkata demikian ketika ditemui pada sidang media dan tayangan perdana filem Mojoku Hilang! yang berlangsung di TGV, KLCC pada Isnin.
Tambah pelakon drama Suamiku Lelaki Pendosa itu, keinginannya yang sebenar adalah memberikan impak positif dan lakonan bermanfaat untuk penonton.
Saya jujur dengan diri saya dan saya jujur dengan Allah SWT, jadi saya lakukan sahaja.
Sebagai seorang pelakon dan rakyat Malaysia, saya berharap apa sahaja yang saya buat, perkara tersebut dapat menyumbang sedikit sebanyak untuk masyarakat.
Untuk info, Mojoku Hilang! tampil sebagai sebuah naskhah romantik komedi yang menggabungkan elemen cinta, harapan, pengorbanan dan realiti kekuatan kehidupan komuniti kampung yang sentiasa ada untuk satu sama lain.
Bagi mengimbangi emosi jalan cerita, naskhah ini dikukuhkan dengan elemen humor menerusi setiap karakter serta watak ikonik, Mojo, iaitu seekor lembu yang diculik.
Selain Gambit, Mojoku Hilang! turut dibintangi barisan pelakon popular termasuk Mimi Lana, Adipati Dolken, Wan Hanafi Su, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Aziz M. Osman, Namron, Tony Eusoff, Haeriyanto Hassan, Farah Ahmad dan Seha Monica.








