Pelakon versatil Beto Kusyairy berkongsi pendapatnya berkenaan persediaan menghadapi cabaran ekonomi susulan isu peperangan antara Iran dan Amerika Syarikat.

Artikel Berkaitan: ‘Rasa Segan Bila Pelakon Baharu Idolakan Saya’ – Beto Kusyairy 

Artikel Berkaitan: ‘Kepada Produser, Boleh Tak Saya Nak Berlakon Dengan Beto Kusyairy’ – Norreen Iman

Pendapat Beto

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama sebenar NurKusyairy Zakuan Osman, 46, berkata, sebagai anak seni mereka perlu ada rasa tanggungjawab terhadap profesion yang dibina kerana realitinya tidak semua akan selamanya berada di kemuncak kerjaya.

Saya tak layak untuk memberi nasihat sebab saya sendiri pun tidak menganggap diri saya seorang yang senang.

Tapi apa yang saya boleh nasihatkan, kita jaga dari sudut profesionalisme sebagai seorang pelakon, beringat kerana tak selamanya kita akan berada di sana (popular) bukan? 

Selain itu, Beto menegaskan bahawa rakan-rakan seindustrinya perlu sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Justeru, Beto berpandangan bahawa membuat persediaan awal, khususnya dalam perancangan masa depan, merupakan langkah terbaik bagi memastikan kelangsungan hidup

Sampai masa mungkin orang tak perlukan kita lagi. Jadi kena beringatlah dengan apa-apa saja. 

Sediakan payung sebelum hujan, kita tak tahu apa yang akan berlaku.

Saya tak boleh nak nasihat lebih. Masing-masing sudah besar, tahu nak buat apa, boleh fikir dan sudah dewasa.

Beto berkata demikian ketika ditemui pada sidang media dan tayangan filem Libang Libu yang berlangsung di GSC Mid Valley baru-baru ini. 

Privasi di media sosial 

Sementara itu, semasa disoal tentang gaya hidupnya yang dilihat sederhana, pelakon filem Gayong itu berkata, dia memilih untuk tetap menjaga privasi dengan tidak mahu terlalu menonjolkan sisi peribadi di media sosial. 

Nama pun hal peribadi. Kalau semua benda saya kongsi, apa yang istimewa yang saya ada?

Tak semua benda saya boleh kongsikan, terutama hal peribadi dan hal keluarga. Sebab itu pada saya sangat rahsia dan sangat istimewa. 

Jadi, hal itu istimewa untuk diri saya, bukan untuk orang lain. Kalau semua benda saya kongsi dah tak jadi istimewa untuk diri saya.