Musim Monsun Timur Laut yang kini sedang negara kita menyebabkan enam negeri dilanda banjir iaitu Johor, Pahang, Terengganu, Selangor, Kelantan dan Perak. Dengan sifat yang sentiasa prihatin terhadap rakyat, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini memandu sendiri meredah banjir di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT).
Menyeru pihak berkuasa untuk terus hulurkan bantuan
Foto: Istana Negara
Menurut perkongsian yang dimuatnaik oleh Facebook rasmi Istana Negara, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Bagina Raja Permaisuri Agong bekenan mengadakan lawatan yang mengejut ke kawasan banjir iaitu daerah Maran, Pahang bagi mengurniakan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di pusat pemindahan sementara sekitar Maran. Turut berangkat bersama merupakan YAM Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah.
Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan harapan agar semua mangsa banjir tabah mengharungi dugaan dan musibah yang menimpa mereka serta menyeru pihak berkuasa supaya terus menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di negeri yang terjejas, khususnya pihak Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
Dengan penularan pandemik Covid-19 dan kenaikan kes positif yang mendadak di negara ini, Seri Paduka Baginda menitahkan supaya norma baharu dan prosedur operasi standard (SOP) dapat diterapkan walaupun dalam operasi menyelamat mangsa banjir.
Yang di-Pertuan Agong, katanya turut berkenan meluangkan masa bersama mangsa banjir dan mengurniakan sumbangan kepada mereka bagi meringankan beban serta menyeru seluruh rakyat bersama baginda mendoakan agar bencana banjir tidak akan berpanjangan.
Sempat ‘singgah’ kurniakan sumbangan kepada pemandu lori
Foto: Istana Negara
Dalam perkongsian itu juga ada menyatakan Seri Paduka Bagina Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, dalam perjalanan menuju ke Maran, berkesempatan berhenti menuruni kenderaan rasmi baginda untuk kurniakan sumbangan kepada pemandu-pemandu lori. Pemandu-pemandu lori itu terkandas akibat kenaikan banjir di Plaza Tol Karak, Lebuhraya Pantai Timur.
Daulat Tuanku
Ruangan komen turut dibanjiri dengan pujian oleh rakyat kerana sangat prihatin akan nasib rakyat dan sanggup turun padang meredah banjir untuk meninjau serta kurniakan bantuan kepada rakyat yang dilanda bencana banjir.
Sumber: Bernama, Istana Negara.