Sejak kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 13 Januari 2021 lalu, ramai pasangan yang terpaksa menunda tarikh perkahwinan mereka. Namun tak kurang juga yang sanggup nikah saat akhir bagi mempermudahkan urusan mereka.
Artikel Berkaitan : Pagi Tanya Nak Nikah Tak, Petang Sah Suami Isteri! Gurauan Nak Nikah Sebelum PKP Jadi Realiti
Selepas viral kisah beberapa pasangan nikah saat akhir, satu pasangan lagi turut membuat keputusan untuk bernikah di saat akhir ketika PKP diumumkan. Apa salahnya kalau sudah dua-dua setuju, yang penting segalanya selamat dan majlis berjalan lancar.
Keputusan saat akhir
Mendapat lebih 9K retweet, pasangan ini selamat diijabkabulkan sehari sebelum PKP dilaksanakan di 6 buah negeri. Walaupun tarikh perkahwinan mereka tidak lama lagi, namun disebabkan PKP ini, mereka terpaksa menunda majlis mereka ke satu tarikh yang lain sehinggalah mereka membuat keputusan untuk bernikah lebih awal.
Dalam perbualan whatsapp itu, wanita itu bertanya bagi pihak ayahnya jika keluarga lelaki setuju untuk percepatkan majlis perkahwinan mereka sebelum PKP bermula. Namun tidak sangka, ibu kepada tunangnya turut sama bersetuju dengan rancangannya. Kemudian, tunangnya terus menelefon pihak masjid untuk membuat tempahan slot nikah. Selepas mendapat keizinan dari pihak masjid pada hari Jumaat, mereka terus membuat keputusan untuk nikah pada hari Ahad iaitu dua hari sebelum PKP dilaksanakan.
Selamat dinikahkan sehari sebelum PKP
Mereka selamat dinikahkan di Masjid Bukit Jelutong selepas pihak Jabatan Agama Islam Selangor dan tok kadi masjid tersebut memberi keizinan. Tambahnya lagi, segala persiapan sudah dibuat memandangkan tarikh pernikahan mereka yang sebetulnya adalah tidak lama lagi iaitu 27 Januari 2021.
Pihak dewan setuju untuk anjak tarikh lebih awal
And BTS fans, I see y’all in my replies hahahaha. I walked to the pelamin to Spring Day (Orchestra version) by DooPiano ?? pic.twitter.com/1fHC2sjei8
— farhana? (@nrlfrhanas) January 13, 2021
Wanita ini turut melahirkan rasa syukur apabila segala tempahan yang dilakukan untuk tarikh 27 Januari 2021 boleh dianjakkan lebih awal iaitu 11 Januari 2021. Malah perancang perkahwinan mereka turut bersetuju untuk membuat persediaan saat akhir termasuk lokasi dewan persandingan mereka.
Akhir sekali, wanita ini berterima kasih kepada semua orang terlibat termasuk keluarga dan rakan-rakannya kerana turut sama membantu menjayakan majlis perkahwinan mereka saat akhir ini.
Sumber : Farhana