Susulan pengumuman pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan tempoh hari, ramai pasangan mengambil kesempatan untuk melangsungkan perkahwinan secepat mungkin sebelum PKP dikuatkuasa. Sehinggakan pejabat agama di beberapa tempat sesak dengan kehadiran pasangan pengantin
Artikel Berkaitan : Pejabat Agama Sesak, Ramai Pasangan Nikah ‘Last Minute’ Sebelum PKP
Seperti kisah perkongsian pasangan ini, mereka mengambil membuat keputusan untuk menikah sehari sebelum PKP dilaksanakan. Semuanya bermula hanya dengan satu pertanyaan.
Nikah akhir waktu
Lebih 17K retweet, pasangan ini menerima ucapan tahniah orang ramai dan rata-ratanya memuji mereka yang berani membuat keputusan bernikah cara yang sangat mudah. Menurut wanita ini, dia sengaja bertanya kepada tunangnya jika dia mahu bernikah di masjid sebelum PKP dilaksanakan. Namun tidak sangka cadangannya diterima.
Solek sendiri, pakai jubah lama
Tambah wanita ini, dia tidak merancang untuk nikah memandangkan dia bekerja pada pukul 10. Namun selepas mendapat persetujuan dia segera mengambil cuti mengejut. Dalam masa 4 jam juga dia membuat persiapan, memakai jubah yang sedia ada. Wanita ini bersyukur apabila dalam masa 4 jam, Allah SWT permudahkan segala urusannya dengan bantuan kakak dan sababat baiknya.
Slot lepas waktu Zohor
Sepatutnya pasangan ini akan diijab kabul pada 6 Februari 2021 di Masjid Sungai Buloh, namun kerajaan umumkan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Walau bagaimanapun, menurut wanita ini dia tidak pernah merancang untuk mempercepatkan tarikh perkahwinan mereka.
Ketika hari mereka membuat keputusan untuk bernikah, mereka cuba untuk mendapatkan slot nikah dan semua memaklumkan sudah penuh. Tiba-tiba tunangnya mesej memberitahu mereka dapat bernikah selepas waktu Zohor.
Keluarga setuju
Selepas mendapat slot, dia memberitahu keluarga serta keluarga mertuanya mengenai perancangan ini dan kedua-duanya bersetuju. Akibat terlalu panik nikah, gadis ini tertinggal cincin pihak lelaki. Namun segala perancangan mereka berjalan dengan lancar. Fuh kalau dah jodoh, tak kemana. Betul tak?
Sumber : Amrhoth