Seorang remaja lelaki di Yogyakarta, Indonesia bertindak diluar jangkaan apabila membakar rumah kediaman ibu-bapanya gara-gara permintaan untuk memiliki sebuah motosikal tidak dituruti.
Kais pagi, makan pagi
Foto: Tribunnews
Menurut laporan yang dipetik dari Tribunnews, bapanya tidak mampu untuk menunaikan permintaan anaknya disebabkan masalah kewangan yang dihadapi oleh keluarga petani itu yang dianggap seperti ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’.
Namun bagaimanapun, suspek enggan menerima alasan itu dan mula berang dengan bapanya. Disebabkan kemarahan yang membara, suspek memprotes lalu membakar rumah yang didiami keluarganya. Susulan kejadian, bapanya tampil membuat laporan kepada polis tempatan kerana bimbang suspek akan bertindak dengan lebih dahsyat.
Menurut Ketua Perhubungan Awam Polis Kulon Progo, Nengah Jefry, kejadian itu berlaku ketika ibu dan bapa suspek keluar untuk berkebun. Namun, sebaik mereka pulang ke rumah, mereka terkejut apabila melihat pintu depan rumah sudah terbakar. Pihak polis berjaya menahan suspek dan siasatan masih dijalankan.
Sumber: Tribunnews.