Selain Khairul Aming, Che Nom juga merupakan salah seorang Youtuber yang sering berkongsi resepi makanan di media sosial. Cara penyampaiannya yang mudah serta ringkas membuatkan penonton sentiasa teruja untuk mencuba resepi yang baru. Bukan itu sahaja, Che Nom turut menerima pujian daripada netizen kerana memberi kebenaran buat sesiapa sahaja yang ingin menggunakan resepinya bagi tujuan perniagaan mahupun sendiri.
Artikel berkaitan: Gadis Ambil Kesempatan Mengaku ‘Agen’ Sambal Nyet Khairulaming, Kaut Untung Ribuan Ringgit
Terbaru, hajat Che Nom untuk membuka syarikat sendiri dan mengambil beberapa orang pekerja agar urusannya menyiapkan satu resepi berjaya mencuri tumpuan netizen. Rata-rata netizen, gembira mendengar khabar baik tersebut dan menyatakan hasrat untuk bekerja dengan Che Nom. Terbaik!
Lunch makan free
Di Twitter, Che Nom mengaku bahawa dia agak penat untuk membuat video di Youtube secara sendiri. Ini kerana, terlalu banyak proses yang perlu dilakukan sepanjang menghasilkan satu resepi. Tambahnya, dia perlu melakukan pelbagai tugasan seperti penyediaan ramuan, ‘shooting’, suntingan video, membalas komen dan macam-macam lagi.
Oleh itu, dia merancang untuk membuka syarikat sendiri dan berhasrat mengambil beberapa orang pekerja untuk memudahkan urusanya dalam menyiapkan satu resepi. Susulan daripada tweet tersebut, Che Nom telah menerima pelbagai respon daripada netizen.
Saya pandai potong bawang
Rata-rata netizen memberitahu Che Nom bahawa mereka boleh memotong bawang, blender cili, sediakan bahan masakan, basuh pinggan serta tukang rasa makanan yang dimasak. Malah, ada juga yang menghantar hasil video ‘editing’ mereka dan berharap Che Nom tertarik untuk mengambil mereka sebagai pekerja.
Sumber: Che Nom