berita

Gadis Ambil Kesempatan Mengaku ‘Agen’ Sambal Nyet Khairulaming, Kaut Untung Ribuan Ringgit

January 15th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Baru-baru ini influencer terkenal Khairul Aming, baru sahaja mengeluarkan produknya yang pertama iaitu Sambal Nyet. Produk yang dijualnya itu berjaya dijual sebanyak 10 ribu botol dalam masa kurang satu jam. Namun, terdapat juga keluhan-keluhan netizen yang meluahkan rasa kecewa kerana tidak sempat untuk membeli sambal tersebut.

Artikel Berkaitan: Berkat Kongsi Ilmu Selama 4 Tahun, 10K Botol Sambal Nyet Khairulaming Habis Dijual Dalam Masa Sejam!

Artikel Berkaitan: ‘Isteri Saya Teringin Sangat Masakan Abang’ – Khairul Aming Tunai Hasrat Wanita Hamil Mengidam

Terbaru, menerusi tweet Khairul Aming,menceritakan terdapat individu yang tidak bertanggungjawab yang telah menipu pelanggannya menerusi beberapa kaedah modus operandi. Kaedah yang digunakan adalah pengambilan agen dan dropship bergantung kepada pelanggan itu sendiri.

Pembelian sah di Shoppe sahaja

Menerusi tweet tersebut, Khairul Aming berkongsi beberapa tangkap layar perbualan di Whatsapp dan Facebook. Jelas mesej tersebut seorang gadis dikenali sebagai Nur Fatihah mendakwa dirinya merupakan agen sah kepada Sambal Nyet. Tambahan pula, gadis itu turut menawarkan beberapa pakej dan harga yang perlu dibayar oleh bakal-bakal agennya bagi mendapatkan stok sambal tersebut.

Namun, Khairul Aming menjelaskan produk yang dikeluarkan olehnya belum lagi mengambil sebarang agen mahupun dropship. Platfom utamanya dalam menjual sambal tersebut hanyalah Shoppe semata-mata. Pada masa yang sama, dia turut menasihati orang ramai supaya lebih berwaspada selepas ini.

Bakal ambil tindakan

 

Kepada mangsa yang dah ditipu, please make sure korang dapat balik duit korang. pihak kami tak pernah involve dalam benda ni. so far kitaorg belum buka for agent or dropship. Pembelian hanya kat Shopee sahaja. Please make sure jangan transfer duit kat siapa-siapa tanpa usul periksa.

Walau bagaimanapun, gadis tersebut sudah diminta untuk mengembalikan semula duit-duit pelanggan yang ditipu dengan kadar yang segera. Jelas Khairul Aming lagi, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk membawa kes tersebut kepada pihak berkuasa.

Terdahulu, Khairul Aming baru sahaja mengeluarkan Sambal Nyet setelah empat tahun aktif berkongsi resepi secara percuma menerusi laman Instagram dan Youtube.

Sumber: Khairul Aming

SKIP THIS AD ×