Seorang doktor berjaya ditangkap oleh pihak polis setelah dituduh mencuri sembilan dos vaksin Covid-19 dari sebuah pusat vaksinasi di Houston, Texas, Amerika Syarikat.
Artikel Berkaitan: Kilang Vaksin Covid-19 Terbesar Dunia Terbakar, 5 Orang Dilaporkan Maut
Menurut laporan Mirror, doktor yang dikenali sebagai Hasan Gokal itu dikhabarkan melakukan pencurian vaksin tersebut untuk diberikan kepada ahli keluarga dan rakan-rakannya.
Cerita kepada rakan sekerja
Foto: Mirror
Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Peguam Daerah, Harris County Kim Ogg, mendakwa Hasan Gokal mencuri vaksin tersebut di pusat Kesihatan Awam Harris County di mana tempat dia bekerja pada 29 Disember lalu.
Menerusi kes tersebut juga, pendakwa turut menceritakan mengenai kejadian yang berlaku. Jelas pendakwa, seminggu selepas Dr Hasan mencuri vaksin tersebut, dia memberitahu rakan sekerjanya mengenai perbuatan yang telah dilakukan itu.
Susulan daripada itu, rakan sekerjanya telah mengadu dan memberitahu pengurus besar mereka mengenai kecurian yang telah dilakukan oleh Dr Hasan tersebut. Pada hari itu juga, Dr Hasan telah dipecat serta merta dari tempat kerjanya.
Sumber: Mirror