Pelakon, Rita Rudaini tampil membidas kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas suaminya, Aidil Zafuan berhubung isu nafkah anak-anak mereka.
Artikel Berkaitan: ‘Dari Dulu Tiada Duit Baju Raya, Duit Sekolah’ – Rita Rudaini Respon Isu Nafkah
Artikel Berkaitan: ‘Tidak Manis Urusan Keluarga Dihebahkan’ – Aidil Zafuan Jawab Tuduhan Tak Beri Nafkah Anak
Sebelum ini, Rita mendakwa dia tidak pernah bercakap pun mengenai isu bekas suami tak bayar nafkah anak-anak. Oleh kerana isu ini dibangkitkan semula, dia bertindak mengeluarkan bukti dan mendakwa kenyataan yang dikeluarkan oleh Aidil itu tidak benar.
Pengalaman ajar aku jadi loud
Pengalaman dulu yang ajar aku jadi loud dan berani. Terima kasih dekat hang dan sekutu dengannya yang buat aku jadi berani dan lantang bersuara.
Patut hang bersyukur ada bekas bini yang bagus didik benih hang ni jadi manusia. Sekurang-kurangnya aku tak lari tinggal anak aku macam… Pi mana pun selalu bawa…didik sorang tak pernah cuit or kacau duit harta hang pun..tak reti bersyukur langsung..
Menurut Rita menerusi Instagram Storynya, dia tidak pernah merungut dan minta untuk menaikkan belanja dari tahun 2015 hingga sekarang. Jelasnya, dia tidak pernah kacau hidup bekas suami dan kenapa mereka perlu sentap.
Rita turut mendakwa kenyataan yang dimuat naik Aidil itu seperti ditulis orang lain kerana gaya penulisan berbeza dengan perwatakan bekas suaminya.
Saya tak minta disokong
Saya tak minta disokong oleh mana-mana netizen. Because saya tak pernah takut jalan atau berjuang sorang-sorang. Sebab Allah sentiasa ada dengan kami. Alhamdulillah, kami elok-elok je hingga sekarang sebab Allah jaga.
Di akhir posting, Rita menunjukkan perbualan Whatsapp di antara dirinya dengan peguam. Menerusi Whatsapp tersebut, Rita dipercayai sudah menyerahkan bukti kepada peguamnya. Tambah Rita, dia tidak pernah takut untuk berjuang secara sendiri.
Sumber: Rita Rudaini