Seekor anjing setia menunggu di hadapan hospital di timur laut Turki selama enam hari sehingga tuannya dikeluarkan.
Artikel berkaitan: Setia Kepada Tuan, Anjing Ini Mati 15 Minit Selepas Tuannya Meninggal Dunia Akibat Kanser
Seekor anjing yang setia
Ketika tuannya. Cemal Senturk dipindahkan dengan ambulan ke Medical Park Hospital di Trabzon pada 14 Januari, anjingnya tersebut yang diberi nama Boncuk, melarikan diri dari pangsapuri dan mengikuti Cemal Senturk ke hospital. Kakitangan hospital turut memberitahu keluarga Senturk mengenai anjingnya itu. Tetapi setelah Boncuk dibawa pulang, dia berjaya melarikan diri lagi dan kembali semula ke hospital tersebut.
Pihak hospital mengatakan bahawa pangsapuri Senturk berada berdekatan dan keluarga Senturk juga tidak pasti bagaimana anjing itu boleh melarikan diri. Boncuk telah mengikuti Senturk hingga ke pintu masuk hospital dan enggan pulang selama enam hari sehingga Cemal Senturk dikeluarkan dari hospital.
Berjaya menarik perhatian kakitangan hospital
Foto: CNN
Semasa dalam tempoh 6 hari Boncuk berada di hadapan hospital tersebut, Boncuk mendapat perhatian dari kakitangan hospital yang memberi makan dan merawatnya.
Saya telah hidup bersama Boncuk selama sembilan tahun dan saya juga sangat merindukannya selama saya tinggal di hospital.
Itulah yang dikatakan oleh Cemal Senturk setelah dia ditanya berkaitan Boncuk. Setelah Cemal Senturk dibenarkan untuk keluar, beliau menemui anjingnya di hadapan pintu hospital tersebut. Boncuk kelihatan sangat gembira saat dia dapat berjumpa semula dengan tuannya.
Sumber: CNN