Nama, bekas anggota kumpulan nasyid In-Team iaitu Suhaimi Saad, sekali lagi menjadi bualan hangat netizen apabila dia menawarkan perkhidmatan urut di beberapa platform termasuk aplikasi mencari pasangan sejenis.
Artikel berkaitan: Suhaimi Saad Tubuh Kumpulan Nasyid Baru ‘Bismillah’ Bersama Anak & Isteri
Susulan daripada itu, Suhaimi tampil memberi penjelasan dan mengaku bahawa individu yang menggunakan aplikasi tersebut merupakan dirinya.
Memang aku
Jadi gay itu pilihan kau tapi jangan jadi bodoh nanti menyusahkan orang. Orang yang hatinya bersih dia tahu menilai mana satu kebenaran. Tapi, kalau hati berpenyakit dan rosak, semuanya terhijab.
Di Facebook, Suhaimi mengaku bahawa dia mempunyai akaun aplikasi tersebut. Tambahnya, dia menggunakan aplikasi tersebut untuk menawarkan perkhidmatan urut buat golongan lelaki. Namun, dia tidak memawarkan sebarang perbuatan terkutuk semasa menggunakan aplikasi tersebut.
Ramai pula nak urut
Terbaru, Suhaimi turut memuat naik satu posting di mana ramai individu telah menghantar mesej kepadanya untuk mendapatkan khidmat urut. Sebelum ini, terdapat juga dakwaan yang mengatakan Suhaimi turut menawarkan khidmat seks kepada pelanggannya. Namun, dakwaan tersebut telah dinafikan olehnya sendiri.
Sumber: Suhaimi Saad