Penyanyi Wany Hasrita berkongsi detik cemas apabila keretanya terlibat dalam kemalangan jalan raya, pada Jumaat malam.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Wany Hasrita Bantu Urut Amira Othman, Netizen Kagum ‘Circle’ Simpan Rahsia Hamil

Artikel Berkaitan: Peminat Tagih MV Lagu Lembayung Tari, Ini Respon Wany Hasrita – ‘Tak Ada Bajet’

Wany Hasrita terlibat kemalangan

View on Threads

Menerusi hantaran di Threads, Wany atau nama lengkapnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 34, memaklumkan kejadian itu berlaku ketika dia dalam perjalanan untuk menghadiri sesi soundcheck untuk Anugerah Melodi Terhangat.

Bagaimanapun, Wany bersyukur kerana tiada perkara serius berlaku selain keretanya mengalami kerosakan pada bahagian badan dan bonet yang sedikit terangkat.

Dalam perjalanan nak pergi soundcheck Anugerah Melodi Terhangat. 

Alhamdulillah tak ada yang serius. Tapi kereta calar dan bonet terangkat sikit. 

Walau bagaimanapun, penyanyi itu tetap meneruskan urusan kerjanya dan merancang untuk membuat laporan polis selepas selesai bekerja.

Demi kerja, teruskan jugak. Balik kerja nanti baru nak buat laporan polis. 

Sumber: Threads