Salah seorang ahli dari kumpulan penyanyi terkenal, BLACKPINK iaitu Jennie dilaporkan sedang bahagia menjalin hubungan dengan ketua kumpulan BIGBANG iaitu G-Dragon. Memetik laporan portal Sommoi, pasangan kekasih ini dikatakan menjalin hubungan kira-kira setahun lalu.
Sudah setahun lalu
Berita tersebut juga didedahkan secara eksklusif melalui Instagram terkenal di Korea iaitu Dispatch. Menerusi laporan tersebut turut memaklumkan Jennie dan G-Dragon telah bercinta lebih kurang setahun.
Posting berkenaan turut disertakan dengan berkongsikan gambar pasangan selebriti ini di platform itu sebagai bukti.
Blackpink Jennie sedang dilamun cinta. Teman lelakinya adalah idol, GD. Mereka berdua merupakan penyanyi dibawah naungan agensi yang sama, YG Entertainment. Pasangan ini sudah menjalin cinta selama lebih kurang setahun.
Dilamun cinta
View this post on Instagram
Tambah laporan itu, pasangan ini sering bertemu di rumah dan dating secara diam-diam, tidak mahu diketahui umum. Difahamkan, DG mempunyai tempat letak kereta peribadi dan lif peribadi untuk kegunaan Jennie naik ke pentahouse miliknya tanpa perlu mengesahkan identiti. Hubungan percintaan pasangan ini adalah rahsia dan hanya diketahui oleh pengurus mereka sahaja.
Sebelum ini, pihak agensi iaitu SM Entertainment mendedahkan Jennie pernah menjalin hubungan dengan EXO Kai pada tahun lalu. Setelah empat bulan hubungan mereka, akhirnya Jennie dan EXO Kai dilaporkan sudah berpisah.
Sumber: Soomoi, Koreadispatch