Sekumpulan remaja wanita dan individu yang dikenali sebagai ‘Malaysia King’ telah ditahan pihak polis Amerika Syarikat dan bakal menghadapi hukuman berat kerana tindakan melepaskan batuk dengan sengaja ke arah pemandu E-hailling.
Memetik laporan Lad Bible, kejadian tersebut dipercayai berlaku di dalam sebuah kenderaan pada 7 Mac di Bayview, San Francisco.
Bergaduh mulut dengan pemandu
Sebuah video dari rakaman CCTV kenderaan tersebut viral di media sosial memaparkan sekumpulan remaja wanita bergaduh mulut dengan pemandu itu sebelum salah seorang daripada mereka batuk dengan sengaja ke arah pemandu lelaki berkenaan.
Pemandu E-hailing tersebut segera memberhentikan kenderaan apabila menyedari bahawa salah seorang penumpang tidak memakai pelitup muka. Kata pemandu tersebut, dia tidak dapat meneruskan perjalanan kecuali mereka memakai pelitup muka.
Pertelingkahan berlaku dan salah seorang penumpang bertindak mencuri telefon bimbit pemandu itu. Bagaimanapun, pemandu tersebut berjaya dapatkan telefon bimbitnya kembali. Salah seorang daripada mereka bertindak menyembur lada ke arah pemandu sebelum bertindak keluar dari kenderaan tersebut.
Ditahan pihak polis
Susulan itu, mereka telah ditahan oleh pihak polis dan dituduh melakukan serangan dengan bahan kimia kaustik, bateri, konspirasi. Mereka juga didakwa melanggar undang-undang kesihatan dan keselamatan negara.
Manakala salah satu rakannya iaitu Arna Kimiai turut ditahan dan bakal menghadapi tuduhan rompakan tahap pertama, bateri dan konspirasi untuk melakukan kejahatan ke atas pemandu berkenaan.
Mereka boleh dikenakan hukuman penjara satu tahun atau denda sebanyak $10,000 jika didapati bersalah. Hukuman untuk konspirasi melakukan jenayah akan dikenakan denda selama setahun dan kesalahan melanggar undang-undang kesihatan California bakal membawa sejumlah denda.
Rakaman video
Sumber: Lad Bible