berita

Pilih Tema ‘Putih’ Sempena Hari Bahagia, Ini Foto Sekitar Majlis Pernikahan Neelofa & PU Riz

March 27th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Teka teki mengenai tarikh perkahwinan pengacara terkenal, Noor Neelofa dan PU Riz akhirnya sudah terjawab. Pasangan tersebut telah sah bergelar suami isteri sebentar tadi.

Artikel berkaitan:Tahniah! Neelofa, PU Riz Sah Suami Isteri

Majlis yang dihadiri oleh keluarga dan sahabat handai itu kelihatan sungguh indah, lebih-lebih lagi semua tetamu mengenakan busana bewarna putih.

Sah suami isteri

Kelihatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, turut hadir sama di majlis bersejarah di antara PU Riz dan Neelofa. PU Riz juga dilihat tenang dan tampan sewaktu majlis akad nikah berlangsung.

Cantiknya Neelofa!

Tema warna ‘putih’

Di Instagram, rata-rata ahli keluarga Neelofa dan sahabat baiknya telah memuat naik foto mengenai majlis pernikahan yang sedang berlangsung. Kelihatan seluruh dewan turut dihiasi bunga bewarna putih seiring dengan tema yang dipilih oleh pasangan tersebut. Alunan zikir turut dipasang semasa perarakan masuk pengantin dan para tetamu ke dalam dewan.

Antara foto yang dikongsikan oleh keluarga Neelofa semasa majlis bakal berlangsung.

Rakan artis dan sahabat

Sumber: Instagram

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×