Sekadar gambar hiasan
Umumnya mengetahui sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), setiap individu perlu patuh akan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Bahkan, tindakan tegas seperti kompaun akan diambil kepada mana-mana individu yang gagal untuk mematuhinya.
Artikel Berkaitan: Peniaga Burger Dakwa Kena Kompaun RM50k, Jual Burger Lebih Masa
Bagaimanapun, seperti perkongsian seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Nrdhasni mendakwa kakaknya telah dikenakan kompaun kerana gagal untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan dengan mendaftar QR MySejahtera ataupun menulis nama sewaktu memasuki mana-mana premis.
‘Jangan bagitau mak’
Foto: Nrdhasni
Menerusi tangkap layar perbualan tersebut, adiknya menjelaskan kakaknya telah dikenakan kompaun sebanyak RM1.5k berikutan kegagalan untuk mengimbas kod QR MySejahtera atau menulis nama di dalam buku bagi mencatat rekod kehadiran. Namun, dakwa kakaknya bas berkenaan sama sekali tidak menyediakan kod QR MySejahtera ataupun buku. Mahu tidak mahu, kakaknya perlu membayar kompaun tersebut sebelum 10 Mei ini.
Pada masa yang sama, kakaknya yang buntu sempat bertanyakan kepada adiknya untuk meminjam duit terlebih dahulu bagi membayar kompaun berkenaan.
‘Dah tulis dekat buku’
Bercerita lebih lanjut, gadis ini turut mendakwa kakaknya sebelum menaiki bas berkenaan telah mendaftarkan diri dengan menulis nama di stesen berkenaan sebelum menaiki bas itu.
Menerusi kertas kompaun yang diterima, menyatakan individu berkenaan gagal untuk mengimbas kod QR MySejahtera dan tidak menulis nama pada buku yang telah disediakan.
Cerita penuh
Foto: Nrdhasni
Kisahnya bermula apabila bas berkenaan berhenti di Terminal Bas Bersepadu (TBS), dan semasa di situ semua penumpang telah diperiksa oleh pihak berkuasa. Perkongsian tersebut bagaimanapun meraih pelbagai respon daripada netizen dan ada yang mencadangkan supaya gadis berkenaan terus membuat laporan.
Sumber: Nrdhasni