Di Florida, seorang remaja bernama Cameron Herrin berusia 21 tahun telah disabitkan kesalahan kerana telah meragut nyawa seorang ibu berusia 24 tahun bersama anak perempuan yang baru berusia satu tahun. Cameron Herrin dipercayai telah melanggar mangsa dengan memandu sebuah kenderaan pada kelajuan 100mph.
Suspek melanggar mangsa
Sumber foto: Metro UK
Memetik laporan Metro UK, kejadian tersebut berlaku pada sekitar Mei 2018, Cameron Herrin ketika itu berusia 18 tahun telah terlibat dalam satu kemalangan di jalan raya apabila gagal mengelak dan terlanggar Jessica Reisinger-Raubenolt dan anak perempuannya, Lillia.
Suspek yang menaiki kereta jenis Mustang dan rakannya pula John Barrineau menaiki kereta berasingan jenis Nissan dipercayai baru dalam perjalanan hendak ke gimnasium di daerah Tampa. Kedua-dua buah kenderaan ini berhenti bersebelahan antara satu sama lain di sebuah lampu isyarat sebelum berlakunya insiden malang itu. Difahamkan, kedua-dua mereka berniat untuk berlumba untuk menuju ke destinasi tetapi malang tidak berbau apabila kemalangan itu berlaku sebelum tiba ke gimnasium.
Mangsa ketika itu, membawa anaknya dengan sebuah kereta sorong bayi untuk menyeberangi jalan di Gandy Boulevard. Bagaimanapun, selepas lampu isyarat tersebut, Cameron Herrin dipercayai gagal mengelak lalu melanggar mangsa, manakala, rakannya sempat memberhentikan kenderaannya.
Hukuman penjara 24 tahun
Sumber foto: Metro UK
Pada April 2021, suspek telah dijatuhkan hukuman penjara selama 24 tahun atas kesalahan yang dilakukan sehingga menyebabkan mangsa meninggal dunia. Suami mangsa iaitu David Raubenolt ketika sesi perbicaraan meluahkan rasa kecewa dan sebak atas kejadian yang menimpa isteri dan anaknya.
Sementara itu, ibu kepada Cheryl Herrin memberitahu di hadapan hakim bahawa anaknya mengaku bersalah kerana membunuh seseorang sebaik sahaja dia tiba di rumah. Pada sebelah malamnya pula, dia terdengar suspek menjerit dan panik ketika dia berada di dalam bilik tidurnya.
Pada awalnya, Cheryl sukar untuk mempercayai apa yang diperkatakan oleh anak lelakinya itu sehingga dia ternampak kereta Mustang masih berada di lokasi kejadian dan dikelilingi dengan tape polis berwarna kuning. Ibu suspek memberitahu hasratnya kepada hakim untuk bertanggungjawab dan menerima hukuman mewakili anak lelakinya itu.
@ridzuanismail74#cameronherrin #fyp? original sound – muhdridzuan74
Sumber: Metro UK