Seperti umum mengetahui, anak kepada penyanyi terkenal Indonesia, Krisdayanti iaitu Aurel Hermansyah mengalami keguguran anak pertamanya bersama Atta Halilintar pada bulan Mei lalu.
Artikel Berkaitan: Berlaku Pendarahan & Ada Benda Berwarna Coklat Keluar, Aurel Hermansyah Kongsi Detik Alami Keguguran
Artikel Berkaitan: Baru 2 Bulan Nikah, Atta Halilintar Umum Isteri Hamil
Terbaru, setelah hampir tiga bulan mengunci mulut, Atta Halilintar mengesahkan Aurel hamil lagi dengan kandungan kali ini sudah melepasi trimester pertama.
Aurel hamil lagi
Berita gembira itu diumumkan Atta Halilintar menerusi video yang dimuat naik di akaun Youtube miliknya. Berdasarkan video tersebut, Atta sedang menemani isterinya melakukan ujian imbasan bayi di sebuah hospital. Atta kelihatan sangat teruja ketika melihat bayi dalam kandungan isterinya itu bergerak-gerak selain diberi peluang mendengar degupan jantung bayi yang bakal ditimangnya tidak lama lagi.
Pasangan romantis ini menghela nafas lega selepas doktor memaklumkan bayi dalam kandungan Aurel yang kini berusia 3 bulan berada dalam keadaan sihat. Sementara itu, doktor sempat memberi nasihat dan tips kepada Aurel Hermansyah supaya menjaga kesihatan dan mengelakkan daripada melakukan kerja berat kerana ianya mendatangkan risiko terhadap bayi dalam kandungan.
Video yang dikongsikan Atta telah mendapat hampir 500 ribu tontonan dan 50 ribu tanda suka. Menjengah di ruangan komen, kebanyakan netizen meluahkan rasa syukur dan mengucapkan tahniah kepada Aurel dan Atta atas rezeki yang dikurniakan Allah SWT.
Video penuh
Sumber: Atta Halilintar