Sekadar gambar hiasan
Setiap pasangan yang bercinta sudah pastinya mempunyai impian untuk menghalalkan perhubungan tersebut dan hidup bersama buat selama-lamanya. Perancangan yang rapi perlu dilakukan oleh kedua-dua pihak bagi memastikan majlis pernikahan berjalan dengan lancar.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] 19 Hari Sebelum Hari ‘Bahagia’, Bakal Suami Meninggal Dunia – ‘Sehingga Kita Berjumpa Lagi, Cinta…’
Artikel Berkaitan: Sempat Buat Countdown Menanti Hari Bahagia, 16 Jam Sebelum Nikah…Bakal Suami Dijemput Ilahi
Artikel Berkaitan: ‘Berehatlah Cinta Hati Sayang…’ – Baru Sebulan Kahwin, Wanita Reda Suami Pergi Buat Selama-Lamanya
Pengantin kena rasuk
Namun, seperti video dikongsi seorang gadis dari negara Indonesia, dikenali sebagai Sulissetiyawati86 di laman TikTok memaparkan satu kejadian ‘aneh’ yang menimpa pengantin wanita. Menerusi video tersebut, pengantin wanita itu dilihat secara tiba-tiba meracau ketika Tok Kadi membaca doa sebelum dia ditenangkan oleh lelaki yang berada di sebelahnya.
Keadaan di situ menjadi cemas dan pemilik video tersebut mendakwa terlihat kelibat yang melintas di atas kepala pengantin wanita. Video tersebut bagaimanapun, meraih pelbagai respon daripada netizen yang ingin mengetahui punca kejadian tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, terdapat netizen yang mendakwa ‘benda’ tersebut mungkin dihantar oleh bekas kekasih wanita ini gara-gara putus cinta. Namun, ketika artikel ini ditulis tiada info lanjut berhubung kejadian ini.
Video penuh:
@sulissetiyawati86tengah ijab kabul ,ada bayangan lewat di atas ceweknya,kira kira kenapa ya man teman? suara asli – Mami Aurellia
Respon netizen
Sumber: Sulissetiyawati86