Foto: Tangkap layar video
Keterujaan seorang gadis untuk bergelar seorang isteri kepada teman lelakinya bertukar kepada satu ‘mimpi ngeri’ apabila bakal suaminya dijemput menghadap Ilahi. Mahu tidak mahu, gadis muda ini terpaksa akur dan reda dengan setiap ketentuan yang ditetapkan oleh Allah S.W.T.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Segala Persiapan Rapi Dah Siap Nak Akad Nikah, Gadis Sebak & Cekal Bila Dapat Tahu…
Artikel Berkaitan: Sempat Buat Countdown Menanti Hari Bahagia, 16 Jam Sebelum Nikah…Bakal Suami Dijemput Ilahi
Artikel Berkaitan: ‘Berehatlah Cinta Hati Sayang…’ – Baru Sebulan Kahwin, Wanita Reda Suami Pergi Buat Selama-Lamanya
Segala persiapan rapi sudah dibuat
Foto: Tangkap layar video
Menerusi video dikongsi gadis cekal ini di laman TikTok, menceritakan segala persiapan rapi telah dibuat oleh mereka. Apa yang lebih meruntun hati, bakal suaminya dikenali sebagai Anrifaldi Akbar meninggal dunia 19 hari sebelum hari bersejarah mereka.
5 bulan sebelum fitting baju, 1 bulan sebelum beli kotak dan baju bridesmaid, 19 hari sebelum kamu pergi.
Tidak berakhir di situ, gadis ini turut berkongsi momen-momen mereka bersama dan abadikan video tersebut sebagai kenangan. Menerusi satu video yang lain, dapat dilihat gadis ini sempat melakukan panggilan video bersama bakal suaminya yang ketika itu berada di hospital.
Sehingga kita berjumpa lagi, cinta. Semoga urusan kawan-kawan dipermudahkan oleh Allah S.W.T. Yang ada pasangan tolong jaga baik-baik selagi masih ada. Saling membahagiakan antara satu sama lain.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sebak melihat video tersebut dan turut mendoakan supaya gadis ini terus cekal mendepani hari-hari mendatang.
Video penuh:
@whiskyluckycat:’)? original sound ????
@whiskyluckycatTill we meet again, love?? suara asli – kentanginimah
Al-Fatihah
@whiskyluckycatI love you???? Andai Aku Bisa – Chrisye
@whiskyluckycat?????? bahaya tiara x arsy – sadvibes?
Sumber: Whiskyluckycat