berita

[VIDEO] Pengantin ‘Lama’ Bersanding Semula Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Ke-73 – ‘Comel Je Malu-Malu’

December 14th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Perkongsian video seorang gadis di platfom TikTok yang memaparkan satu pasangan warga emas bersanding di atas pelamin mencuri perhatian wargamaya. Memang mengulit kenangan!

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ditanya Mengapa Kahwin Awal, Budak SPM Jawab: ‘Buat Kerja Sekolah Ada Orang Teman’

Artikel Berkaitan: ‘Akak 26 Pun Tak Ada Jodoh Lagi Dik…’ – Viral Pelajar Form 4 Pula Tunang, Tak Sempat Ambil SPM Lagi!

Artikel Berkaitan: Tingkatan 3 Kahwin, Tingkatan 4 Dah Ada Baby…

Pengantin ‘lama’ bersanding semula

Menerusi dua buah video pendek dikongsi memaparkan pasangan warga emas yang segak dan cantik mengenakan busana pengantin lengkap berwarna merun.

Apa yang lebih menarik perhatian lagi, pasangan ini bersanding seperti pengantin-pengantin ‘muda’ yang lain dan sesi memotong kek turut diadakan. Pada mulanya, lelaki warga emas tersebut kelihatan tersipu-sipu malu ketika sesi menyuap kek kepada isterinya.

Selamat ulang tahun perkahwinan tokki dan tok. Alhamdulillah masih dipanjangkan umur. Sambut ulang tahun perkahwinan yang ke 73 tahun. Alaa tokki malu-malu.

Ujar pemilik video tersebut, majlis itu diadakan bersempena menyambut hari ulang tahun ke -73 perkahwinan datuk dan neneknya.

Bagaimanapun, tiada info lanjut berhubung video viral ini dan lokasi di mana ia berlaku. Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah ditonton hampir 1.3 juta tontonan dan memperoleh 100k tanda suka.

Video penuh:

@zlkaaa._Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Tokki & Tok? ##Fyp? Selamat Pengantin Baru – Anita Sarawak

@zlkaaa._Alhamdulillah?? masih dipanjangkan umur… Sambut ulang tahun perkahwinan tokki & tok yang ke 73 tahun.. Alaa tokki malu2.. ##fyp ##xyzbca ##viral? Selamat Pengantin Baru – Anita Sarawak

Sumber: Eqaaa

SKIP THIS AD ×