Berang dengan isu harga ayam yang tidak diselesaikan setelah sekian lama, Adun Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad bertindak membawa seekor ayam masuk ketika sesi perbahasan pada mesyuarat Dewan Negeri Ke 14 negeri Perak.
Bawa ayam tanda protes
Antara yang menjadi bualan hangat di media sosial kebelakangan ini adalah isu kenaikan harga barang mentah seperti sayur, telur ayam dan ayam yang tidak sejajar dengan kadar gaji minimum yang masih tidak berganjak dari takuk lama, menjadikan kos sara hidup semakin membebankan.
Kini, isu tersebut kembali hangat diperkatakan di media sosial selepas tular video Adun Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad membawa ayam masuk ketika sesi perbahasan pada Mesyuarat Kedua, Tahun Keempat Dewan Negeri Ke 14 Perak Darul Ridzuan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad membuat kejutan dengan membawa ayam ketika sesi perbahasan pada Mesyuarat Kedua, Tahun Keempat Dewan Negeri Ke 14 Perak Darul Ridzuan di Bangunan Perak Darul Ridzuan, hari ini.
?:Zulfadhli Zulkarnain pic.twitter.com/7IP2aKAih6
— BERNAMA (@bernamadotcom) December 14, 2021
Difahamkan, tindakan membawa masuk ayam mentah berkenaan adalah sebagai tanda protes kerana tiada tindakan yang diambil pihak berkuasa dan Exco Perak, Ahli Dewan Undangan Negeri Semanggol, Razman Zakaria sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan dalam menangani kenaikan harga barangan di sana.
Sebelum 7hb (Disember) harga ayam di Gunung Semanggol sendiri sudah mencecah RM10 lebih/kilo. Lepas 7 hb keluar satu skim ‘Harga Maksima Keluarga Malaysia’ oleh KPDNHEP (iaitu) RM9.30. Maknanya apa yang berlaku di kawasan Gunung Semanggol sendiri sangat merungsingkan rakyat.
Saya terpaksa bawa ayam ini kerana sejak minggu lepas tiada satu tindakan pun diambil EXCO. Adakah dia pernah membuat dialog bersama peruncit, pengusaha dan pemborong untuk melihat dimana masalahanya.
Beliau dalam masa sama turut menunjukkan resit pembelian ayam berkenaan sebagai bukti yang ayam tersebut dibeli dari kawasan Semanggol.
Bengang dengan Exco KPDNHEP tak cari jalan penyelesaian isu harga ayam, seorang wakil rakyat, YB Hulu Kinta membawa masuk ayam ke dalam sidang DUN negeri ? #Perak pic.twitter.com/rw18LBsw3s
— MohdFaizalHassan ?? (@f4izalhassan) December 14, 2021
Perkongsian yang dibuat wartawan Mohd Faizal Hassan dan portal Bernama di Twitter tentang tindakan Muhamad Arafat nyata menarik perhatian ramai netizen yang menyokong tindakan beliau yang disifatkan sebagai berani dan jelas menunjukkan keadaan yang dihadapi rakyat Malaysia ketika ini.
Sumber: Twitter