Umum tahu, pelakon Indonesia Nia Ramadhani dan suaminya, Ardi Bakrie telah ditahan polis selepas didakwa atas pertuduhan penyalahgunaan dadah.
Pasangan ini juga mengaku telah mengambil bahan terlarang itu sejak beberapa bulan yang lalu.
Artikel Berkaitan: Polis Sahkan Nia Ramadhani, Suami Positif Dadah Jenis Syabu.. Pemandu Yang ‘Kantoikan’
Sedih ayah meninggal dunia
Terbaru, ketika perbicaraan di Mahkamah Negeri Jakarta Pusat, Nia mengaku mengambil barang terlarang kerana dia berasa sedih dengan pemergian ayahnya pada tahun 2014.
Kata Nia di hadapan hakim, dia tidak pernah menceritakan kepada sesiapa betapa dia berasa kehilangan selepas ayahnya meninggal dunia kerana temannya pernah menasihatinya untuk tidak perlu bersedih.
Pada awal 2014 bapa saya meninggal dunia dan saat itu saya berjumpa dia baru tiga tahun sebelum dia meninggal.
Pada saat itu sampai April 2021, saya tidak pernah bercerita dengan sesiapa pun bahawa saya benar-benar rasa kehilangan.
Saya pernah cuba menceritakan kesedihan itu tetapi dinasihatkan teman untuk tidak perlu bersedih.
Alasan tak munasabah
Bagaimanapun, alasan itu menjadi persoalan kepada hakim kerana jarak masa kematian ayahnya adalah tujuh tahun lalu dan dianggap cukup jauh.
Sudah lama sekali waktunya, orang tua saudara meninggal tahun 2014, kemudian saudara berasa sedih kerana kehilangan. Tapi kenapa selepas tujuh tahun kemudian baru saudara mencari jalan keluar?
Jawab pelakon yang terkenal dengan sinetron Bawang Merah Bawang Putih, kesedihan kembali muncul pada April lalu kerana dia terkilan tidak mengucapkan selamat hari lahir kepada ayahnya.
Terdahulu, pihak berkuasa telah menahan Nia Ramadhani, Aride Bakri dan pemandu peribadi Nia Ramadhani berikutan penemuan sejumlah dadah jenis syabu di dalam sebuah kenderaan dengan anggaran harga kira-kira 1.5 juta Rupiah (RM431.82).
Sumber: CNN Indonesia