Foto: Daily Star
Gara-gara dipercayai berlaku curang, seorang wanita terpaksa menerima ‘azab’ selepas diikat pada sebatang tiang bersama kekasihnya di Mysuru, Karnataka, India dan kejadian tersebut berlaku pada 25 November lalu. Apa yang lebih mengejutkan, pasangan ini turut dipukul selama beberapa jam di hadapan khalayak ramai.
Artikel Berkaitan:[VIDEO] 13 Tahun Bersama Suami Kantoi Curang Dengan Janda, Bila Suruh Kahwin Tak Nak Pula! Siap Merayu Lagi
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Suami Kantoi Curang Tak Sampai Setahun Kahwin, Wanita Bakar Semua Gambar..Menyesal Kahwin Muda!
Artikel Berkaitan:Konon Datang Rumah Ambil Barang, Suami ‘Gila Talak’ Tergamak Rogol Bekas Isteri Sebab Nak Rujuk
Wanita kantoi berlaku curang
Sekadar gambar hiasan
Memetik laporan Daily Star, wanita berkenaan dikatakan berlaku curang dengan lelaki lain walaupun sudah berpisah dengan suaminya beberapa tahun yang lalu. Menerusi video tersebut, mangsa dilihat diikat pada sebuah tiang elektrik bersama kekasihnya dan kejadian tersebut disaksikan oleh orang ramai yang sedang berkumpul ketika itu.
Apa yang lebih menyedihkan, wanita ini dilihat seolah-olah sedang mengigil dan tidak mampu bergerak berikutan kedua-dua tangannya telah diikat.
Telah diserang secara tiba-tiba
Sekadar gambar hiasan
Menerusi laporan media tempatan, mangsa yang berusia 30 tahun dikatakan telah berpisah dengan suaminya dan menetap bersama kedua-dua ibu bapanya sejak tiga tahun yang lalu. Ketika kejadian, mangsa menjemput seorang lelaki berusia 24 tahun untuk minum teh di rumahnya sebelum abang dan bekas suaminya bertindak di luar kawalan dengan menyerang mereka.
Kedua-dua mereka dikatakan telah diseret ke sebatang tiang elektrik berhampiran sebelum dipukul selama beberapa jam. Penderitaan mereka berdua berakhir selepas kehadiran ketua kampung yang datang membebaskan mereka.
Kami telah mendaftarkan kes ini dan siasatan sedang dijalankan.
Sumber: Daily Star