Foto: Daily Mail
Gara-gara menolak pelawaan suami untuk melakukan hubungan intim, seorang wanita dilaporkan maut selepas dipercayai ditikam oleh suaminya sendiri di bandar Gradara, Itali pada 25 Disember yang lalu.
Suami bunuh isteri sendiri
Foto: Daily Mail
Memetik laporan Daily Mail, suspek dikenali sebagai Vito Cangini berusia 80 tahun dikatakan membunuh isterinya Natalia Kyrychok, 61 di rumah mereka selepas mengambil pil Viagra (sejenis ubatan dalam kategori sildenafil yang digunakan bagi merawat masalah disfungsi erektil).
Ketika kejadian, pasangan ini dipercayai sempat bertengkar berikutan tindakan si mangsa yang menolak pelawaan suaminya untuk melakukan hubungan intim dan suspek sempat menuduhnya terpikat dengan majikan sendiri.
Susulan daripada itu, suspek bertindak menikam mangsa sehingga mati serta meninggalkan mayat mangsa dalam keadaan berlumuran darah dan terus tidur.
Seolah-olah tiada apa yang jadi
Sekadar gambar hiasan
Pada keesokan paginya, suspek bertindak seperti biasa dan sempat bersarapan pagi dan membawa anjing peliharannya bersiar-siar sebelum pulang ke rumah. Suspek juga sempat membuat panggilan kepada majikan isterinya dan menjelaskan mereka tidak akan lagi boleh berjumpa.
Susulan daripada itu, majikan kepada mangsa bertindak membuat laporan polis berikutan rasa curiga dan pihak polis menjumpai mayat mangsa dengan empat kesan tikaman termasuk satu pada bahagian jantung. Kini, suspek telah pun ditahan oleh pihak polis dan siasatan lanjut masih dijalankan.
Sumber: Daily Mail