Meskipun sudah tergolek di atas lantai, pelantun suara ‘Peluang Kedua’ iaitu Nabila Razali sempat mengucapkan selamat tahun baharu kepada peminatnya di dalam sebuah majlis semalam.
Permulaan tahun 2022
Menerusi perkongsian di Instagram, Nabila yang mengenakan pakaian berwarna merah jambu dilihat terjatuh ketika menghampiri sebuah pentas dipercayai angkara kasut tumit tinggi yang dipakainya. Kejadian itu dipercayai berlaku ketika dia sedang membuat persembahan semasa sambutan ambang tahun baharu di sebuah majlis di sekitar ibu kota semalam.
Walaupun terjatuh, difahamkan Nabila tidak mengalami kecederaan serius dan dia telah dibantu oleh dua orang wanita untuk bangun semula. Menerusi klip video berdurasi 15 saat itu, Nabila sempat menghiburkan hadirin dengan ucapan selamat tahun baharu.
Happy New Year Gais, Happy New Year.
Cover baik punya
View this post on Instagram
Beginilah tahun 2022 saya bermula.
Ujar Nabila, dia membuka lembaran tahun baharu dengan insiden tergolek di lantai. Di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis meluahkan rasa simpati melihat Nabila Razali. Pada masa yang sama, mereka tidak dapat menahan gelak apabila penyanyi tersebut sempat ‘cover’ dan memberi ucapan selamat tahun baru kepada para peminatnya.
Sumber: Nabila Razali