Sembilan tahun bergelar ibu tunggal, penyanyi, Syura Badron akhirnya selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, hari ini.
Terima kasih ya Allah
View this post on Instagram
Berita pernikahan Syura yang berlangsung di Masjid As Salam, Puchong, tengah hari tadi disahkan oleh isteri kepada penyanyi, Lan Solo iaitu Sheila Razlan yang juga rakan baik Syura.
Syura sah bergelar isteri sekitar jam 12.30 tengah hari tadi. Selepas hampir sembilan tahun bergelar ibu tunggal kepada tiga orang anak, akhirnya dia menempa kebahagiaan. Alhamdulillah, tahniah buat Syura dan suami yang dinikahkan di Masjid As Salam Puchong. Terima kasih Ya Allah untuk perjalanan panjang yang membahagiakan untuk sahabat dunia akhirat ini. Panjang sangat panjang. Syura layak untuk dapat kebahagiaan ini.
Bercerita lebih lanjut, Shiela memberitahu dia tidak dapat berkongsi butir lanjut mengenai identiti dan status suami Syura. Ini kerana, dia mahu memberi ruang kepada Syura sendiri untuk mengumumkan khabar gembira itu.
Saya sendiri belum dapat berbual panjang dengannya. Jadi saya tidak pasti butir mana yang boleh dikongsikan atau tidak. Pastinya Syura akan memuat naik perkongsian di media sosial tidak lama lagi. Syura dan suami sudah lama berkawan. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan.
Sumber: Sheila Razlan