Hubungan rapat pelakon Hairul Azreen dengan jutawan terkenal, Tan Sri Vincent Tan sudah diketahui umum. Sebelum ini, mereka bersama-sama bercuti ke Pulau Sapi, Sabah dengan menaiki jet peribadi dan kemudiannya berlayar dengan ‘yacht’.
Artikel Berkaitan: Hairul Azreen & Keluarga Naik Jet Peribadi Dengan Jutawan Vincent Tan, Peminat Teruja Tengok Percutian Mewah – ‘Memang Layak La Mereka Dapat, Jenis Merendah Diri’
Dapat duit raya
Terbaru, Hairul berkongsi foto bersama Vincent Tan di pejabat ahli perniagaan tersebut, Berjaya Group.
Menerusi hantaran itu, Hairul menerima empat keping angpau sempena perayaan Tahun Baru Cina.
Dengan kapsyen, ‘Yeahh dapat duit raya’, perkongsian itu membuatkan rakan selebriti dan peminat cemburu. Antara yang meninggalkan komen adalah Shuib, Hefny Sahad, Wak Doyok dan Idzham Ismail.
Mata fokus tengok sampul tebal
Selain itu, rata-rata netizen memandang tepat pada ketebalan sampul di tangan Hairul. Ada segelintir netizen yang ‘tajam’ matanya meneka dengan menyatakan jumlah wang yang ada dalam angpau itu adalah RM1,000.
Keseluruhannya, warganet menganggap Hairul dan keluarga sangat bertuah apabila dapat berkawan rapat dengan jutawan terkenal itu.
Terdahulu, Hairul dan usahawan Hanis Zalikha mendirikan rumah tangga pada Jun 2015 di Bukit Jelutong, Selangor. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan sama cantik sama padan ini dikurniakan dua cahaya mata Yusof Iskandar dan Alisa Aisyah.
Sumber: Instagram @hairulazreen