Bagi yang mengikuti perkembangan di akaun media sosial semestinya kenal dengan Adam’s family.
Anak kedua dalam keluarga ini, Adam, 20, menghidap ‘Autism Spectrum Disorder’ (ASD) dan gangguan kurang daya tumpuan dan hiperaktif (Attention Deficit Hyperactivity Disorder) sejak berusia dua tahun enam bulan.
Anak lelaki saya tidak akan ganggu lagi
Bapa kepada Adam iaitu Iman Wan Tuck Meng berkongsi berita yang mengejutkan ramai orang. Menerusi hantaran di Instagram (IG), Iman Wan mendedahkan keluarganya terpaksa berpindah kerana kontrak sewaan tidak diperbaharui.
Kata Iman Wang, dia percaya tindakan itu dibuat disebabkan aduan yang dibuat oleh jiran-jiran yang tidak senang hati dengan kehadiran anak istimewanya.
Kepada jiran di kiri dan kanan kami di Temasya Suria (Shah Alam). Kami tahu apa yang anda lakukan dan kami tahu anda orang yang macam mana. Tapi jangan bimbang, impian anda sudah jadi kenyataan.
Kamu dah berjaya minta pemilik untuk tidak memperbaharui sewaan kami. Kami akan berpindah keluar hujung bulan ini. Anak lelaki saya tidak akan ganggu kamu lagi.
Mohon maaf untuk semua ketidakselesaan yang ditimbulkan. Semoga anda mendapat ketenangan dan kehidupan yang baik selepas ini.
Pemilik rumah tertekan dengan aduan jiran
Menerusi kapsyen, Iman Wan memberitahu Adam bukan membuat bising setiap masa. Namun, dia terima keputusan itu kerana tahu pemilik rumah berasa tertekan selepas asyik menerima aduan daripada jiran.
Untuk rekod, Adam tidak bising setiap hari, dan walaupun dia berbuat demikian, tidak pernah dari subuh hingga malam.
Kami mendapat tahu daripada sumber yang boleh dipercayai bahawa sebab penyewaan kami tidak akan diperbaharui kerana pemilik berasa terlalu tertekan sepanjang tahun daripada aduan yang dibuat oleh dua jiran kami kepadanya.
Kami faham dan kami tahu di mana kami berdiri. Kami berharap untuk berpindah apabila rumah kami siap dalam beberapa tahun.
Tak semua boleh terima anak istimewa
Dalam pada itu, Iman Wang menjelaskan tujuan dia berkongsi kejadian tersebut adalah untuk menekankan yang tidak semua orang boleh menerima anak autisme.
Saya percaya Allah mempunyai perancangan yang lebih baik. Kami reda.
Sebab saya membuat perkongsian ini adalah supaya keluarga yang mempunyai keadaan yang sama akan tahu bahawa tidak semua orang boleh menerima individu autistik seperti anak kami.
Kami perlu bekerja lebih keras dan terus mendidik tentang kesedaran, penerimaan dan pemahaman autisme. Insya-Allah.
Sumber: Instagram @adamsautismfamily