berita

Remaja 15 Tahun Bunuh Ibu, Ayah & Adik Sendiri Gara-Gara Wifi Dipotong

February 14th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Di Madrid, Sepanyol seorang remaja lelaki didakwa membunuh ibu bapa dan adik lelakinya selepas berlakunya pertengkaran disebabkan Wifi (wireless fidelity).

Gara-gara Wifi

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Xinhuanet, suspek yang tidak didedahkan identitinya berusia 15 tahun mengaku bersalah membunuh ahli keluarganya sendiri di bandar Elche, tenggara Sepanyol sebelum ditahan oleh pihak polis pada Jumaat yang lalu.

Pertengkaran tersebut dikatakan berpunca daripada gred sekolahnya yang teruk dan mangsa (si ibu) bertindak memotong akses Wifi sebagai hukuman. Selain daripada prestasi pelajaran yang teruk suspek juga dikatakan enggan membantu melakukan kerja rumah.

Tindakan luar kawalan

Sekadar gambar hiasan

Ketika kejadian suspek bertindak mengambil senapang lalu menembak kedua ibu bapanya serta adik lelaki berusia 10 tahun menggunakan senjata yang sama.

Apa yang lebih mengejutan, suspek hanya berada di rumah berkenaan selama tiga hari bersama-sama mayat ahli keluarganya.

Kejadian tersebut hanya diketahui selepas saudara mereka membuat panggilan susulan tidak mendengar khabar daripada mereka dan remaja berkenaan akhirnya mengaku akan kesalahannya. Susulan daripada itu, suspek telah pun ditahan dan mengaku membunuh ketiga-tiga mangsa di Balai Polis Elche.

Sumber: Xinhuanet

SKIP THIS AD ×