berita

[VIDEO] Budak Lelaki Terperangkap Dalam Perigi Di Afghanistan, Operasi Menyelamat Masuk Hari Ketiga

February 18th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Afghanistan, seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun telah terperangkap dalam sebuah perigi sejak dua hari yang lalu. Berikutan daripadan itu, pasukan penyelamat giat menjalankan operasi bagi menyelamatkan kanak-kanak tersebut. Difahamkan, operasi menyelamat di Kampung Shokak, wilayah Zabul itu dijalankan kira-kira dua minggu selepas kejadian sama berlaku di Maghribi yang mengorbankan nyawa Rayan.

Artikel berkaitan: Kronologi Terperangkap Dalam Perigi: Pasukan Penyelamat Hanya Tarik Keluar Mayat Rayan – ‘Perginya Anak Syurga’

Artikel berkaitan: Kematian Rayan Buat Penduduk Arab Saudi & Dunia Imbau Tragedi ‘Lama Al-Rouqi’ 9 Tahun Lalu

Artikel berkaitan: Diculik Selepas Pulang Dari Sekolah, Kisah Fawaz Raih Simpati Dunia Selepas Video Dipukul Tular

Guna teknik yang sama

Foto: TRT World

Menerusi sebuah rakaman video yang dipercayai dikongsikan oleh pegawai kerajaan Taliban, kanak-kanak bernama Haidar itu telah tersepit di dalam perigi, namun dia masih dapat menggerakkan tangan bahagian atas badannya. Menurut bapa Haidar, anaknya masih boleh bercakap dan sentiasa memberi respon.

Adakah keadaan awak baik? Jangan menangis dan terus bercakap dengan saya.

Menurut pihak berkuasa, mangsa terperangkap pada kedalaman kira-kira 10 meter dalam perigi sedalam 25 meter itu.

Pasukan penyelamat berada di sana bersama ambulans, tangki oksigen dan pelbagai lagi peralatan yang diperlukan.

Tambah pihak berkuasa lagi, buat masa ini, pasukan penyelamat menjalankan kerja menggali dari sudut permukaan untuk cuba mencapai lokasi di mana mangsa itu terperangkap. Mereka menggunakan teknik yang sama dilakukan pasukan penyelamat yang terbabit dalam insiden membabitkan kanak-kanak Maghribi, Rayan yang terperangkap di dasar perigi pada kedalaman 32 meter awal bulan ini. Kanak-kanak malang itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia selepas lima hari terperangkap dalam perigi berkenaan sehingga meraih simpati masyarakat dunia.

Video di lokasi

Sumber: TRT World

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×