Tindakan seorang lelaki di daerah banjar di Kalimantan Selatan, Indonesia yang didakwa mencuri telefon bimbit mengundang padah selepas dia teruk dibelasah oleh seorang wanita. Video tersebut bagaimanapun tular di media sosial dan meraih pelbagai respon daripada wargamaya.
Gara-gara curi telefon
Menerusi video berdurasi kurang satu minit, memaparkan seorang wanita memakai baju berwarna biru bertindak secara ‘garang’ dengan memukul seorang lelaki sehingga mangsa terbaring di atas tanah. Kejadian ketika itu kecoh dan dapat dilihat beberapa individu lain yang turut berada di tempat kejadian.
Bukan itu sahaja, wanita ini turut menendang pencuri tersebut dan terdapat seorang lelaki yang cuba untuk menenangkannya namun cubaannya gagal. Penderitaan mangsa tidak berakhir di situ, selepas dia turut dipukul menggunakan kerusi oleh seorang wanita lain.
Video penuh:
@ohbulanofficial Pencuri belasah mangsa ? Mangsa belasah pencuri ? Siapa yang mangsa sekarang? ? Kejadian di Indonesia. #luarnegara #ohbulan #TikTokOhBulan #fyp??viral #fyp ? Suspense Background Music – Power Music Factory
@ohbulanofficial Reply to @joshuanonis boleh tag team pulak. Keren! ? #ohbulan #TikTokOhBulan #fyp??viral #fyp ? original sound – Ohbulan
Sumber: Detik.com