Foto: Khairy Jamaluddin
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memberikan suntikan dos penggalak kedua kepada segelintir kelompok individu sebagai kumpulan penerima pertama, berlandaskan syarat tertentu.
Artikel Berkaitan: Peralihan Ke Fasa Endemik: Ibu Bapa Disaran Bawa Anak Dapatkan Vaksinasi
Artikel Berkaitan: Kesatuan Eropah (EU) Iktiraf Sijil Vaksin COVID-19 Di MySejahtera, Mudahkan Pengembara Malaysia
Ditawarkan kepada individu berisiko tinggi
Sekadar gambar hiasan
Antara kelompok penerima pertama itu merangkumi golongan warga emas yang mempunyai komorbid atau sihat tubuh badan, selain pengembara ke luar negara.
Menteri kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pengambilan suntikan imunisasi dos keempat bagi golongan berkenaan adalah atas dasar suka rela.
Individu berumur 60 tahun dan ke atas dengan komorbiditi berisiko tinggi boleh diberikan dos penggalak kedua dengan selang masa sekurang-kurangnya empat hingga enam bulan selepas tarikh dos penggalak pertama.
Ini saya nak tegaskan bahawa ia tidak wajib, tetapi pilihan kepada mereka, individu 60 tahun ke atas can go for second booster. Kita akan umum bagaimana nak buat. Ini hanya option, tidaklah kita buat program seperti PICK dahulu.
Sementara itu, individu yang berumur 60 tahun ke atas yang tidak mempunyai sebarang penyakit juga digalakkan untuk mendapatkan dos keempat itu, namun perlu mendapat rundingan daripada doktor atau pegawai perubatan.
Infografik