Foto: Utusan Digital
Peralihan ke fasa endemik yang akan bermula pada 1 April ini akan bakal menjadi permulaan baharu dimana banyak aktiviti tidak dibenarkan akan dibuka dan SOP mula dilonggarkan. Walau bagaimanapun, ada sesetengah ibu bapa masih menganggap vaksinasi kepada kanak-kanak 5 hingga bawah 12 tahun tidak diperlukan semasa fasa peralihan ini.
Artikel Berkaitan: Dua Anak Diana Danielle Dah Ambil Vaksin, Teruja Ingat Tak Payah Pakai ‘Mask’ – ‘Tiada Langsung Demam Atau Menggigil ..’
Artikel Berkaitan: Enggan Terima Dos Penggalak & PICKids, KJ Cakap Orang Melayu Percaya Illuminati
Kes COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak meningkat
Foto: Kosmo
KKM memaklumkan terdapat peningkatan 160% bilangan kes COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital pada tahun 2022. Sehubungan dengan itu, KKM mengesyorkan supaya kanak-kanak yang belum divaksinasi supaya mendapatkan vaksin dengan kadar segera kerana manfaat vaksinasi jauh lebih tinggi berbanding risiko mendapat kesan sampingan dan juga komplikasi.
Ibu bapa yang membawa anak ke pusat pemberian vaksin (PPV) pada hari mereka bekerja akan diberikan surat pengesahan kehadiran yang membuktikan mereka membawa anak untuk vaksinasi. KKM berharap majikan-majikan sektor kerajaan dan swasta memeberi kerjasama dan membenarkan ibu bapa membawa anak untuk vaksinasi.
Ibu bapa diminta mendaftakan anak mereka sebagai tanggungan dalam aplikasi MySejahtera untuk mendapatkan pautan janji temu atau membawa anak 5 hingga bawah 12 tahun secara ‘walk-in’ ke PPV yang diwar-warkan sebelum ini. Pilihlah untuk menvaksin anak-anak anda kerana manfaatnya lebih besar berbanding mendapat kesan sampingan vaksin.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia