Foto: masidayu1001
Penyanyi dangdut, Mas Idayu mengakui sudah menerima ‘tanda’ yang dihantar oleh lelaki pilihannya, Muhammad Sufian Che Isa, Ahad lalu.
Artikel Berkaitan: 15 Tahun Jadi Ibu Tunggal, Akhirnya Mas Idayu Bakal Berkahwin Dengan Penerbit Eksekutif TV3
Tarikh nikah sudah ada
Foto: masidayu1001
Menerusi laporan Gempak, tanda itu diberikan sejurus ahli keluarga kedua belah pihak bertemu bagi perbincangan lanjut menjelang hari bahagia mereka.
Baru beberapa hari pihaknya hantar tanda. Bukanlah bertunang atau merisik. Sesi tersebut lebih kepada saling mengenali keluarga dan dia hadir sekali memberikan tanda.
Perjumpaan dilakukan di kediaman keluarga saya. Kiranya inilah Syawal paling bermakna untuk saya kot. Tarikh nikah sudah pun ada, cumanya kami tunggu masa sesuai untuk kongsikan.
Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Jujurnya saya pun tak menyangka dia ada memberikan tanda untuk hubungan kami.
Persiapan 70 peratus
Foto: masidayu1001
Mas Idayu ataupun lebih mesra disapa ‘Mummy’ ini menjelaskan persiapan majlis bahagia mereka kini sedang berjalan.
Persiapan sudah pun 70 peratus, hanya tinggal untuk pilih lokasi dan beberapa perkara lain. Ikutkan perancangan setakat ini, kami akan buat majlis berinai dan khatam Al-Quran.
Insya-Allah, majlis nikah dilangsungkan pada pagi dan resepsi pula akan berjalan pada sebelah malamnya.
Bulan lalu, Mas Idayu memaklumkan bakal mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihannya yang juga penerbit eksekutif di sebuah stesen televisyen, Muhammad Sufian Che Isa pada September depan.
Sumber: Gempak