Penampilan fesyen pelakon Izara Aishah mengenakan hijab dengan sempurna mendapat pujian daripada peminat di laman media sosial.
Artikel Berkaitan: Nak Berhijrah Ke Nak Melawa? Peminat Suruh Izara Aishah Pedulikan Komen Negatif
Tudung fesyen Ya tabtab
@nazlivingastyle Hijab styling for @izaraaishahofficial. “Ya tabtab” style ??? – #nazlivingastyle #hijabstylingbynazlivingastyle #hijabstyle #hijabstyling #hijabstylist #hijab #tutorialtudung #tudung #fyp #tutorialhijab ? Ya Tabtab Wa Dallaa – Nancy Ajram
Terbaru, menerusi akaun TikTok @nazlivingastyle ada memaparkan Izara sedang disiapkan oleh penata gaya hijab itu dengan konsep ‘Ya tabtab.’
Naz atau nama sebenarnya Muhammad Nazrul Anas Zunaidi tidak lokek berkongsi video tutorial tudung yang digayakan kepada aktres berumur 30 tahun itu.
Rata-rata pengikut kagum dengan kepakaran Naz membuat gaya lilitan selendang yang jarang dipakai oleh wanita berhijab lain serta masih mematuhi syariah.
Dalam video itu turut kelihatan suami Izara, Adib Khalid yang juga merupakan anak tiri penyanyi tersohor iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Netizen tegur..
Bagaimanapun, ada juga segelintir netizen yang berpendapat ‘lebih manis’ sekiranya individu yang ditugaskan memakai hijab itu adalah seorang wanita.
@HambaAllah: Silapnya kalau si lelaki yang pakaikan tudung tu bukan mahram, yang lain dah sempurna. Semoga terus memperbaiki diri kita.
@8n_n80: Kalau bersentuhan dengan lelaki yang pakaikan kita hijab, hukum dia apa?
@nazemi.87: Lebih manis kalau wanita yang tolong pakaikan.
Sumber: TikTok @nazlivingastyle