Selepas memegang status seorang ibu, pelakon dan usahawan Neelofa menitikberatkan ilmu penjagaan bayi demi kasih sayang terhadap Muhammad Bilal.
Artikel Berkaitan:Neelofa Rancang Ikut Haris Sambung Belajar, Ambil Peluang Dalami Bahasa Arab
Jangan serabut bila bayi nangis
Menerusi temubual eksklusif bersama Nona, Neelofa berkongsi tips penjagaan bayi yang boleh membantu ibu bapa di luar sana. Kata Neelofa, 34, menangis adalah salah satu cara bayi berkomunikasi selain melalui senyuman atau sentuhan.
Menjelaskan dengan lebih terperinci, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor memberi contoh empat jenis tangisan bayi yang menjadi isyarat pertama untuk meluahkan kepada ibu bapanya.
Sebenarnya bayi ini cara mereka berkomunikasi dengan kita adalah dengan tangisan. Dia (bayi) menangis sebab nak bagitahu something. Itu perkara pertama kita kena faham. Kita tak boleh serabut bila bayi nak bagitahu sesuatu benda.
Saya ada baca buku baby languange ini, cara atau bunyi bayi menangis itu indicate (menunjukkan) apa dia nak. Contohnya menangis bunyi ‘Neh’ itu tanda bayi lapar nak minum susu.
Kalau menangis banyak bunyi ‘Owh’ itu tanda mengantuk. Kalau keluar bunyi ‘Heh’ itu tanda bayi tak selesa. Mungkin dia panas, sejuk atau kena tukar lampin.
Dan kalau dia nak ‘Burp’ atau nak keluarkan angin, bayi akan menangis meneran bunyi ‘Eair’.
Ibu high education
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet memuji dengan kerajinan dan kesungguhan bekas hos MeleTOP demi menambah ilmu keibubapaan.
Malah, ada peminat yang berterima kasih dengan isteri pendakwah bebas, Haris Ismail yang tidak lokek dalam berkongsi pengetahuan.
Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac 2021. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu.
Sumber: TikTok @seorangnur