Kisah rumah tangga Puteri Sarah Liyana dan suaminya yang juga pelakon dan pengarah Syamsul Yusof dikatakan sedang bergolak selepas Ira Kaza didakwa menjadi punca apabila muncul sebagai orang ketiga.
Artikel Berkaitan: ‘Memang Tiada Maruah Ke Hadap Suami Orang?’ – Empat Tahun Pendam, Puteri Sarah Mengamuk Dengan Ira Kazar
Artikel Berkaitan: Pihak Ketiga Dakwa Balik Dari Umrah Nak Bercerai, Puteri Sarah Tegas Status Masih Suami Isteri
Malas nak layan drama
Terbaru, Puteri Sarah berkongsi kiriman mesej daripada netizen yang menghantar paparan skrin (screenshot) yang tertera nama Ira yang merupakan anak kepada aktor senior, Kazar Saisi.
Berdasarkan perbualan itu, Ira menggesa Puteri Sarah untuk mempercepatkan proses tindakan undang-undang terhadap dirinya.
Ada sahaja netizen yang tak suka dia (Puteri Sarah) yang menyampai pada aku. Kau tak payah nak menyemak dan tak payah perasan sangat.
Kau pergi beritahu dia (Puteri Sarah) aku tak takut dengan dia. Suruh peguam dia cepat sikit buat kerja okey. Kami dah meluat nak layan drama saman dia. Dah bertahun-tahun dah dia sembang tapi tak buat juga. Kemaruk sangat nak perhatian.
Sabar bersebab
Sementara itu, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin mendedahkan dia enggan memperbesarkan isu tersebut sebelum ini kerana bersimpati dengan Kazar.
Bangun pagi dapat direct message (DM) daripada netizen. Agak kelakar sebenarnya. Pertama, bertahun tak bertindak nak saman sebab kasihankan bapa anda (Ira). Juga, saya tak nak besarkan hal ini.
Kedua, yang inginkan perhatian orang itu adalah anda, bukan saya. Ketiga, tak baik maki hamun dah macam Amber Heard pula saya tengok dia ini.
Pada Sabtu lalu, Puteri Sarah menyatakan dia masih memegang status isteri yang sah di sisi undang-undang selepas timbul khabar angin yang mendakwa dia dan Syamsul bakal bercerai.
Sekadar info, Puteri Sarah berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.
Sumber: Instagram @puterisarahliyana