Sebelum ini, nama adik Ainul Mardhiah pernah menjadi tumpuan masyarakat di Malaysia kerana menghidap ketumbuhan dalam mulut.
Artikel berkaitan: Dah Boleh Duduk & Merangkak, Bapa Kongsi Perkembangan Terkini Ainul Mardhiah
Artikel berkaitan: ‘Hari Ini Genap Setahun Ainul Mardhiah Dibedah’ – Dr Amalina Che Bakri
Terbaru, ibu kepada anak kecil itu memberitahu bahawa anaknya kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) kerana muntah dan cirit birit.
Kritikal dan tenat
Bismillahirahmanirahim. Ainul berada di PICU sekarang. Doktor ICU beritahu keadaan Ainul kali ni agak kritikal dan tenat. Satu badan penuh dengan wayar dah anak mama ni. Mama tak minta banyak. Mohon doakan anak kesayangan mama, Ainul Mardhiah ni jadi lagi kuat untuk lawan penyakit ni.
Menurut ibu Ainul iaitu Nurul Erwani, anaknya kelihatan sangat tidak bermaya selepas hari pertama muntah dan cirit birit. Oleh sebab itu, dia terus membawa Ainul ke bahagian kecemasan. Ujar Erwani lagi, anaknya tenat disebabkan jangkitan kuman di dalam tubuh badannya. Erwani turut memberi nasihat kepada ibu bapa di luar sana agar berhati-hati dengan virus yang ada pada masa kini.
Walaupun Ainul duduk rumah je, jaga kebersihan pun kalau nak jadi memang akan jadi. Virus ni jahat betul kacau anak mama sampai jadi macam ni. Ainul tidur dulu ya sayang, nanti Ainul dah bangun kita main sama-sama lagi.
Video
View this post on Instagram
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar Ainul cepat sembuh dan kembali sihat seperti sedia kala. Netizen turut berharap Erwani tabah dan kuat dalam menjalani ujian ini.
Sumber: Nurul Erwani