Perayaan Deepavali dan Sambutan Awal Muharram bakal menjelma esok dan lusa nanti. Pasti ramai yang menantikan program dan telemovie terhebat dari TV3. Untuk menghangatkan lagi Sambutan Perayaan Cahaya dan merasai pengertian penghijrahan Nabi Muhammad SAW ke Kota Mekah, TV3 akan menyajikan program menarik seperti Telemovie Istimewa Deepavali: Cikgu Kamala, WHI Istimewa Deepavali, Endhiran, Rebah Taubat, Cinta Halal dan Sebelum Kiamat dan banyak lagi!
Telemovie Istimewa Deepavali: ‘Cikgu Kamala’ – 13 November 2012 (Selasa), 10.00 pagi
Sebuah telemovie menarik mengisahkan seorang cikgu moden bernama Kamala yang terpaksa bertugas di sekolah luar bandar dan menyesuaikan diri dengan suasana baru. Cikgu Kamala mendapat perhatian pelajar dengan sikapnya yang ceria dan dicemburui oleh Cik Nora. Apakah yang akan terjadi seterusnya?
Pelakon: Puspa Narayanan, Intan Ladyana, Nizam Zaidi
Wanita Hari Ini Istimewa Deepavali – 13 November 2012 (Selasa), 12.00 tengahari
Episod istimewa WHI Deepavali akan dimeriahkan lagi dengan Majlis Perayaan Deepavali Media Prima 2012. Program istimewa ini akan diserikan lagi dengan kehadiran tetamu kehormat YB Senator Datuk Maglin Dennis D’Cruz, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia. Terdapat pelbagai topik menarik bakal dipaparkan di episod istimewa ini.
Telemovie Istimewa Deepavali: ‘Endhiran’ – 13 November 2012 (Selasa), 3.00 petang
Kisah bermula apabila seorang saintis muda bernama Doktor Vaseegaran bertungkus-lumus selama 10 tahun untuk menghasilkan sebuah robot yang menyerupai manusia. Usahanya berhasil apabila sebuah robot humanoid pertama berjaya dicipta dan diberi nama Chitti. Kejayaan Doktor Vaseegaran dicemburui oleh saintis veteran yang juga mentornya iaitu Doktor Bohra. Apa yang akan berlaku seterusnya?
Pelakon: Rajanikanth dan Aishwarya Rai
Telemovie Istimewa Awal Muharam: ‘Cinta Halal’ – 15 November 2012 (Khamis), 4.00 petang
CINTA HALAL berkisar mengenai seorang gadis, Ismi Hazariah yang baru sahaja kehilangan perkerjaannya buat kali kelima lantaran dari sikapnya yang suka mencari pasal di tempat kerja. Ibu tirinya, Najihah runsing dengan masa depannya lantas memaksa Ismi untuk menghadiri temuduga sebagai Eksekutif di sebuah syarikat eksport makanan halal yang dimiliki oleh keluarga berketurunan arab. Ismi yang berperwatakan gila-gila dan berjiwa rockers menolak mentah-mentah kerana dia tahu etika berpakaian berkerja yang harus berpakaian muslimah. Namun atas desakan yang berterusan dia akhirnya mengalah dan menghadiri temuduga tersebut. Nasib menyebelahinya apabila dia berjaya mendapat perkerjaan tersebut. Ismi terpaksa melakukan pengorbanan yang besar dari segi pakaian dan tingkah laku sekadar memenuhi permintaan syarikat. Bekerja di Cahaya Holding telah membuka perspektif baru di dalam hidup Ismi. Dia mula jatuh hati terhadap pengurus syarikat, Syed Mukhriz hanya kerana perwatakannya yang kacak, tegas tetapi baik hati dan kaya. Adakah Ismi dapat bersama lelaki idamannya?
Pelakon: Nur Fathia, Fahrin Ahmad, Hanez Suraya, Lydiawati, Fazlina Ahmad Daud dan ramai lagi.
Telemovie Istimewa Awal Muharam: ‘Rebah Taubat’ – 15 November 2012 (Khamis), 10.00 malam
Kepulangan Normah setelah dua tahun menghilangkan diri akhirnya disambut dengan sindirian tajam oleh suaminya, Halim. Kehilangan Normah dahulu kerana mengejar kemewahan bersama teman lelakinya meninggalkan luka yang dalam buat Halim. Tidak semudah itu untuk Halim memaaf dan menerima Normah semula. Sepanjang ditinggalkan, Halim bersusah payah menjaga anak-anak mereka, Iffan dan Aina dalam serba kekurangan dengan gaji sebagai pekerja kilang dan menyewa rumah di pinggir Kuala Lumpur. Walaupun hidup susah, Halim tidak pernah berniat untuk berkahwin lain. Tambahan lagi Normah belum diceraikan ketika itu. Halim mahu membuktikan kepada Normah bahawa dia boleh menguruskan anak-anak tanpa menikmati kehidupan mewah seperti mana yang ingin dikecapi Normah. Jangan lupa untuk menyaksikan drama menyayat hati ini yang pasti membuatkan penonton TV3 tersentuh dan mengalir air mata.
Pelakon: Nabila Huda, Sharnaaz Ahmad, Hafizudin Fadzil, Aripah Damanhuri, Fadilah Mansor.
Cerekarama: ‘Sebelum Kiamat’ – 17 November 2012 (Sabtu), 10.00 malam
Cerita ini mengisahkan tentang Radi yang masih bersekolah rendah dan dibesarkan oleh bapanya, Osman. Osman menceraikan isterinya semasa Radi masih kecil. Sejak kecil Radi sudah dididik hidup berdikari. Walaupun Radi masih bersekolah rendah, dia seorang yang penyabar dan berhati tabah. Radi sentiasa merindui ibunya. Dia tidak tahu sama ada ibunya masih hidup atau mati kerana setiap kali dia bertanya tentang ibunya, Osman akan memarahinya dan mengamuk seperti orang hilang akal. Suatu hari, Osman meninggal dunia akibat serangan jantung. Berbekalkan wang simpnan yang ada, Radi nekad ke Kuala Lumpur untuk mencari ibunya. Apakah yang akan terjadi seterusnya?
Pelakon: Naim Daniel, Zamarul Hisham, Sherry Merlis, Soffi Jikan, Noorkhiriah.